Pertempuran Atlantik

Pertempuran Atlantik
Sebahagian daripada Perang Dunia II

Pegawai di atas anjungan sebuah kapal pembinasa British sedang meneropong kapal selam musuh, Oktober 1941.
Tarikh3 September 1939 – 8 Mei 1945
(5 tahun, 8 bulan dan 5 hari)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Bersekutu
Pihak yang terlibat

 United Kingdom
 Kanada
 Amerika Syarikat (1941–45)
Dominion Newfoundland
 Denmark
 Norway
Poland Poland
 Perancis (1940–1945)
 Belgium
 Brazil (1942–45)
 Belanda

 Perancis (1939–40)

 Jerman Nazi

 Itali (1940–43)
Komandan dan pemimpin

United Kingdom Martin E. Nasmith (1939–41)
United Kingdom Sir Percy Noble (1941–42)
United Kingdom Sir Max K. Horton (1943–45)
United Kingdom Frederick Bowhill (1939–41)
United Kingdom Philip de la Ferté (1941–43)
United Kingdom Sir John Slessor (1943–45)
United Kingdom Dudley Pound (1939–43) Kanada Leonard W. Murray
Amerika Syarikat Ernest J. King

Amerika Syarikat Royal E. Ingersoll
Jerman Nazi Erich Raeder
Jerman Nazi Karl Donitz
Jerman Nazi Hermann Goering
Kerugian dan korban
36,200 kelasi terkorban
36,000 kelasi kapal dagang terkorban
3,500 kapal dagang
175 kapal perang
~30,000 kelasi terkorban
783 kapal selam

Pertempuran Atlantik merupakan kempen ketenteraan yang paling lama dalam sejarah Perang Dunia II, bermula dari tahun 1939 sehinggalah kepada kekalahan Jerman pada tahun 1945. Pihak Bersekutu membuat sekatan laut keatas Jerman, diumumkan selepas hari pengisytiharan perang, dan kemudiannya pihak Jerman membuat sekatan balas. Ia berada dikemuncaknya dari pertengahan tahun 1940 sehingga akhir tahun 1943. Pertempuran Atlantik meletakkan U-bot dan kapal perang lain Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman) dan kapal terbang Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) menentang Tentera Laut Diraja Kanada, Tentera Laut Diraja British, dan kapal-kapal dagang Pihak Berikat. Konvoi-konvoi, kebanyakannya datang dari Amerika Utara dan pergi ke United Kingdom dan Soviet Union, telah dilindungi oleh tentera laut British dan Kanada dan tentera udara masing-masing. Pasukan ini telah dibantu oleh kapal-kapal dan pesawat udara dari Amerika Syarikat dari 13 September 1941. Pihak Jerman telah disertai oleh kapal selam dari Tentera Laut Diraja Itali (Regia Marina) selepas sekutu Paksinya Itali memasuki perang pada 10 Jun 1940.

Selaku sebuah negara yang berkepulauan, United Kingdom sangat bergantung kepada barang-barang import. Britain memerlukan hampir sejuta tan barang import setiap minggu supaya dapat hidup dan berjuang. Pada dasarnya, Pertempuran Atlantik adalah peperangan berat tan: pihak Sekutu berjuang untuk membekalkan Britain dan pihak Paksi cuba mengekang aliran kapal-kapal dagang yang membolehkan Britain terus berjuang. Dari tahun 1942 keatas, pihak Jerman juga berusaha menghalang pembinaan bekalan dan kelengkapan pihak Bersekutu di Kepulauan British yang sedang bersiap untuk menceroboh Eropah yang diduduki Jerman. Kekalahan U-bot merupakan prasyarat untuk mengekang Jerman. Winston Churchill kemudian berkata:

The Battle of the Atlantic was the dominating factor all through the war. Never for one moment could we forget that everything happening elsewhere, on land, at sea or in the air depended ultimately on its outcome.

Hasilnya ialah satu kemenangan strategik bagi pihak Bersekutu—sekatan Jerman gagal—tetapi pada kos yang besar: 3,500 kapal dagang dan 175 kapal perang tenggelam manakala Jerman kehilangan 783 U-bot.

Nama "Pertempuran Atlantik" telah dicanangkan oleh Winston Churchill pada Februari 1941. Ia telah digelar peperangan laut yang "paling panjang, paling besar, dan paling sukar" dalam sejarah. Kempen ini bermula sejurus selepas perang Eropah tercetus, dan berlangsung selama enam tahun. Ia melibatkan beribu buah kapal dengan lebih kurang 100 pertempuran konvoi dan mungkin 1,000 kali pertembungan satu lawan satu, didalam kancah yang meliputi ribuan batu persegi lautan. Keadaan sentiasa berubah, dengan satu pihak atau pihak lain mendapat kelebihan, serta senjata baru, taktik, langkah-langkah penyelesaian, dan kelengkapan baru telah dibangunkan oleh kedua-dua belah pihak. Pihak Sekutu secara perlahan-lahan akhirnya berjaya, mengekang kapal-kapal penyerang Jerman menjelang akhir tahun 1942 dan mengalahkan U-bot pada pertengahan tahun 1943, walaupun kerugian disebabkan U-bot berterusan sehingga akhir perang.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search