Pertempuran Karbala

Pertempuran Karbala
Tarikh10 Oktober 680
Lokasi
Keputusan Kemenangan Umayyah
Pihak yang terlibat
Umayyah Bani Hashim
Komandan dan pemimpin
Umar bin Saad Hussein bin Ali
Kekuatan
30,000 70-80
Kerugian dan korban
tidak diketahui 70


Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa kini. Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Umaiyah.

Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya terbunuh dalam satu pengepungan. Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh dalam pertempuran selama 3 hari itu.

Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.

Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini merupakan titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pertempuran yang memperjuangkan keadilan dan mengangkat kebenaran seperti yang diwajibkan dalam islam seperti Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar.

Pertempuran ini dikenang setiap tahun oleh jutaan orang tanpa mengira bangsa dan agama. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Asyura, iaitu pada hari ke-10 setiap bulan Muharam. Di Malaysia dan banyak tempat di dunia, bubur asyura dimasak dan dijamu kepada orang ramai.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search