Pertempuran Smolensk (1941) Pertempuran Smolensk Pertama | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II | |||||||
![]() Gerakan Jerman dan Soviet berhampiran Smolensk, 10 Julai – 4 Ogos | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Fedor von Bock Maximilian von Weichs Hermann Hoth Heinz Guderian |
Semyon Timoshenko Fyodor Kuznetsov Andrei Yeremenko Ivan Gorbachyov † | ||||||
Kekuatan | |||||||
430,000 askar 1,000–1,780 kereta kebal[3][4] 1,500 pesawat[3] |
10 Julai: 581,600 askar[5] 1,545 kereta kebal[b] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
135,659 askar (21 Julai – 10 September)[6]
|
759,947 askar[5] 1,348–3,273 kereta kebal dan SPG musnah[9][a]903 pesawat musnah[10] |
Pertempuran Smolensk Pertama (Jerman: Kesselschlacht bei Smolensk ("Perang kepungan) Smolensk)"; Rusia: Смоленская стратегическая оборонительная операция , Smolenskaya strategicheskaya oboronitelnaya operatsiya, "Operasi pertahanan strategik Smolensk") adalah pertempuran fasa kedua Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union, dalam Perang Dunia II. Ia telah berlangsung di kota Smolensk antara 10 Julai dan 10 September 1941, kira-kira 400 km (250 bt) dari barat Moscow. Pihak Wehrmacht telah mara 500 km (310 bt) kedalam KRSS dalam masa 18 hari selepas pencerobohan 22 Jun 1941. Semasa pertempuran itu Tentera Darat Jerman berdepan dengan tentangan yang tidak dijangka, menyebabkan kemaraan ke arah Moscow menjadi lewat dua bulan.
Tiga ketumbukan Soviet (iaitu Tentera Darat Ke-16, Ke-19 dan Ke-20) telah terkepung dan musnah di selatan Smolensk, namun jumlah yang signifikan dari Tentera Darat Ke-19 dan Ke-20 berjaya melepaskan diri dari poket itu. Sesetengah ahli sejarah telah menegaskan bahawa kehilangan anggota dan materiel yang ditanggung oleh pihak Wehrmacht semasa pertempuran panjang ini dan kelewatan untuk mara ke Moscow membawa kepada kekalahan Wehrmacht oleh Tentera Merah dalam Pertempuran Moscow pada Disember 1941.
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search