| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Pertempuran Yarmuk (Arab: معركة اليرموك , juga dieja Yarmouk, Yarmuq atau dalam bahasa Greek, Hieromyax Ἱερομυαξ ) adalah satu perang utama di antara pasukan tentera Islam Arab Khulafa al-Rasyidin dan tentera Empayar Byzantine-Rom. Pertempuran ini terdiri daripada beberapa siri pertempuran yang berlangsung selama enam hari pada bulan Ogos 636 M, berdekatan dengan Sungai Yarmuk, sepanjang (kini) sempadan Syria dan Jordan, tenggara Laut Galilee. Keputusan dari pertempuran ini adalah kemenangan muktamad Islam dan penamat kekal bagi pemerintahan Byzantine selepas selatan Anatolia. Pertempuran Yarmuk dianggap sebagai salah satu pertempuran penentu di dalam sejarah ketenteraan,[5][6] dan menandakan gelombang besar pertama penaklukan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. serta kemaraan pantas Islam ke dalam Levant Kristian.
Bagi menghindar kemaraan Islam dan mendapatkan kembali wilayah yang terlepas, Maharaja Heraclius menghantar satu ekspedisi besar ke Levant pada Mei 636. Dengan ketibaan tentera Byzantine, tentera Islam berundur dari Syria dan berkumpul semula di dataran Yarmuk berdekatan dengan Semenanjung Arab di mana, setelah diperkuatkan, mereka mengalahkan tentera Byzantine yang bersaiz lebih besar. Pertempuran ini juga dianggap sebagai salah satu kemenangan tentera terbesar bagi Khalid bin al-Walid. Ia mengukuhkan reputasi beliau sebagai salah seorang pakar taktik dan komander kavalri teragung di dalam sejarah.[7]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search