Perubahan iklim

Templat:Hatnote group

Peta sejagat menunjukkan suhu laut meningkat 0.5 ke 1 darjah Celsius; suhu darat meningkat 1 ke 2 darjah Celsius; dan suhu Artik meningkat sehingga 4 darjah Celsius.
Suhu udara permukaan berubah sepanjang 50 tahun lalu.[1]
Graf dari 1880 hingga 2020 menunjukkan pemacu semula jadi menunjukkan turun naik sekitar 0.3 darjah Celsius. Pemacu manusia semakin meningkat dengan 0.3 darjah selama 100 tahun hingga tahun 1980, kemudian mencuram dengan 0.8 darjah lebih selama 40 tahun lalu.
Perubahan dalam purata suhu udara permukaan sejak Revolusi Industri, tambah pemacu untuk perubahan itu. Kegiatan manusia telah menyebabkan suhu meningkat, dengan daya semula jadi yang menambahkan beberapa kebolehubahan.[2]

Dalam penggunaan biasa, perubahan iklim menghuraikan pemanasan global—peningkatan yang sedang berlaku dalam suhu purata sejagat—dan kesannya terhadap sistem iklim Bumi. Perubahan iklim change dalam maksud yang luas juga termasuk perubahan jangka panjang yang sebelumnya terhasap iklim Bumi. peningkatan semasa dalam suhu purata sejagat lebih cepat daripada perubahan sebelumnya, dan terutamanya disebabkan oleh manusia membakar bahan api fosil.[3][4] Penggunaan bahan api fosil, penyahhutanan, dan beberapa amalan pertanian dan industri tambah kepada gas rumah hijau, terutamanya karbon dioksida dan metana.[5] Gas rumah hijau menyerap beberapa haba yang Bumi sinarkan selepas ia hangat daripada cahaya matahari. Sejumlah besar gas ini memerangkap lebih banyak haba dalam atmosfera bawah Bumi dan menyebabkan pemanasan global.

Tahun 2016 mencatatkan suhu permukaan yang terpanas sejak penyimpanan rekod moden bermula, iaitu pada tahun 1980. Peningkatan suhu permukaan adalah kira-kira 1.1°C

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2060. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Paras laut akan meningkat.[6]

  1. ^ "GISS Surface Temperature Analysis (v4)". NASA. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  2. ^ IPCC AR6 WG1 2021, SPM-7
  3. ^ IPCC SR15 Ch1 2018, halaman 54
  4. ^ Lynas, Mark; Houlton, Benjamin Z.; Perry, Simon (19 Oktober 2021). "Greater than 99% consensus on human caused climate change in the peer-reviewed scientific literature". Environmental Research Letters. 16 (11): 114005. Bibcode:2021ERL....16k4005L. doi:10.1088/1748-9326/ac2966. S2CID 239032360 Check |s2cid= value (bantuan).
  5. ^ Our World in Data, 18 September 2020
  6. ^ https://www.ipcc.ch/report/ar6/wg1/downloads/report/IPCC_AR6_WGI_SPM_final.pdf

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search