Peso Filipina

Peso Filipina
ڤيسو فيليڤينا
Piso ng Pilipinas
ISO 4217
KodPHP
Jenis mata wang
Subunit
 1/100sentimo (Filipino)
centavo (Sepanyol)
Simbol
Wang kertas
 Kerap digunakan20, 50, 100, 500, 1000 piso
 Jarang digunakan200 piso
Syiling
 Kerap digunakan
1, 2, 5, 10 piso
 Jarang digunakan
1, 5, 10, 25 sentimo
Demografi
Pengguna
 Filipina
 Jepun (di samping Yen)
Pengeluaran
Bangko Sentral ng Pilipinas
 Tapak web
www.bsp.gov.ph
Pihak pencetak
pencetak
 Tapak web
Kilang wang
Kompleks Loji Keselamatan
 Tapak web
www.bsp.gov.ph
Penilaian
Inflasi
0.2%
 SumberJabatan Statistik Negara, Disember 2008
 KaedahCPI
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peso Filipina (Tagalog: ᜉᜒᜐᜓ, rumi: piso, simbol: ; kod: PHP) ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos (Sepanyol) atau sentimo (Filipina). Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino (nama bahasa Filipina) dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.

Peso biasa dilambangkan oleh simbol "". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan U+20B1 (). Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" (P huruf besar dengan corek lintang) yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.[1]

Duit-duit syiling ditempa di Bank Pusat Filipina dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanah, cek, kertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanan, kiriman wang, setem hasil, bond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search