Piala Dunia FIFA 2022

Piala Dunia FIFA 2022
كأس العالم لكرة القدم 2022
Kaʾs al-ʿālam li-kurat al-qadam 2022

Now is All
(Sekarang adalah segalanya)
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Qatar
Tarikh20 November – 18 Disember
Pasukan32 (dari 5 konfederasi)
Tempat(di 5 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Argentina (Kejuaraan Ke-3)
Naib Juara Perancis
Tempat Ketiga Croatia
Tempat Keempat Maghribi
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol172 (2.69 per perlawanan)
Kehadiran3,404,252 (53,191 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Kylian Mbappé
(8 gol)
Pemain terbaik Lionel Messi
Permain muda terbaik Enzo Fernández
Penjaga gol terbaik Emiliano Martínez
Anugerah Permainan Bersih England
2018
2026

Piala Dunia FIFA 2022 adalah temasya ke-22 Piala Dunia FIFA yakni kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang dipertandingkan oleh pasukan-pasukan kebangsaan negara anggota persatuan FIFA. Ia akan diadakan di Qatar pada 20 November hingga 18 Disember 2022. Temasya ini acara Piala Dunia pertama yang diadakan di rantau dunia Arab serta di negara berpenduduk majoriti Muslim.[1] Ia juga menjadi Piala Dunia kedua yang diadakan sepenuhnya di Asia selepas kejohanan 2002 yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun.[2] Di samping itu, kejohanan ini akan menjadi yang terakhir melibatkan 32 pasukan, dengan peningkatan kepada 48 pasukan yang dijadualkan pada kejohanan 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.

Disebabkan oleh keterikan cuaca musim panas di Qatar, Piala Dunia ini akan diadakan dari akhir November hingga pertengahan Disember, menjadikannya kejohanan pertama yang tidak akan diadakan pada bulan Mei, Jun, atau Julai dan akan berlangsung pada musim luruh Hemisfera Utara; ia akan dimainkan dalam jangka masa yang lebih kurang dalam 29 hari.[3] Perlawanan pertama yang dimainkan pada kejohanan itu akan dipertandingkan antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Al Khor. Perlawanan akhir akan diadakan pada 18 Disember 2022, yang juga merupakan Hari Kebangsaan Qatar. Juara bertahan Piala Dunia adalah Argentina.[4]

  1. ^ "Amir: 2022 World Cup Qatar a tournament for all Arabs". Gulf Times (dalam bahasa Arab). 15 July 2018. Dicapai pada 7 September 2018.
  2. ^ Persaingan 2018 di Rusia menampilkan dua tempat Asia, menurut pelbagai definisi daripada sempadan geografi antara Asia dan Eropah: Yekaterinburg dan Sochi.
  3. ^ "FIFA Executive Committee confirms November/December event period for Qatar 2022". FIFA. 19 March 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2018. Dicapai pada 5 December 2017.
  4. ^ Taylor, Daniel (15 July 2018). "France seal second World Cup triumph with 4–2 win over brave Croatia". The Guardian. Dicapai pada 7 September 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search