Pierre Andre

Pierre Andre
ڤيارري اندري
Pierre pada Februari 2008.
Kelahiran
Mohd Pierre Andre bin Nazrul Andre

(1985-03-17) 17 Mac 1985 (umur 39)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • YouTuber
  • selebriti internet
Tahun aktif2005–2016, 2020–kini
Karya
Lihat senarai penuh
PasanganSiti Nur Hidayah Hashim (k. 2013)
Anak-anak1
IbuKhatijah Tan
BapaNazrul Andre Abdullah
KeluargaMikail Andre (adik)
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan267 ribu (digabungkan)
Jumlah tontonan20 juta
100,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 2 Ogos 2023

Mohd Pierre Andre Nazrul Andre (lahir 17 Mac 1985) merupakan seorang pelakon, pengarah, dan penulis Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan abang kepada Mikail Andre. Memulakan kerjaya profesionalnya pada 2005, beliau membintangi filem pertamanya, Potret Mistik (2005) diikuti oleh beberapa filemnya yang lain termasuk Main-Main Cinta (2006) dan Jangan Pandang Belakang (2007). Pierre memulakan kerjaya pengarahannya pada 2007 menerusi filem pertamanya, 9 September.[1]

Pada tahun 2012, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan aktif bersama Jemaah Tabligh untuk belajar lebih mendalam mengenai Islam, berdakwah dan bertabligh. Selepas filem terakhir arahannya, Kecoh! Primadona Kena Hantu ditayangkan pada 2016, Pierre mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.[2]

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (4 Januari 2015).Pierre rela turun harga Harian Metro. Diperoleh pada 4 Januari 2015.
  2. ^ Najiy Jefri (21 September 2019). "Artis hilang dari 'radar'". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search