Pilihan raya kecil Ijok 2007

Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 berlangsung pada 28 April 2007 apabila kerusi Ijok dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Malaysia, kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk K. Sivalingam, pada 4 April 2007 daripada serangan sakit jantung. Sivalingam merupakan ahli majlis eksekutif negeri dan juga timbalan pengerusi Kongres India Malaysia (MIC) negeri Selangor, salah satu daripada komponen parti pemerintah perikatan Barisan Nasional (BN).[1] Pada 11 April 2007, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 April 2007 sebagai hari penamaan calon, manakala pilihan raya kecil telah ditetapkan pada 28 April 2007. [2] Pilihan raya ini telah dimenangi oleh calon BN-MIC K. Parthiban, dengan majoriti 1,850 undi.[3]

  1. ^ Vijian, P. (4 April 2007). Selangor Exco Member Sivalingam Dies Of Heart Attack In Chennai Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine. Bernama.
  2. ^ Ijok by-election on April 28. (11 April 2007). Malaysiakini.
  3. ^ "Big turnout cheer for Barisan". thestar.com.my. 2007-04-29. Dicapai pada 2007-04-30. Check date values in: |date= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search