Pilihan raya negeri Selangor 2004

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Ahad, 21 Mac tahun 2004, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 2004.[1][2] Pengundian berlangsung di seluruh 56 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 54 kerusi di Dewan Negeri Selangor manakala parti pembakang berjaya mendapatkan sebanyak dua kerusi sahaja.[3]

Dewan Undangan Negeri Selangor telah dibubarkan secara automatik pada 4 Mac 2004 bersamaan juga dengan Dewan Undangan Negeri di Malaysia (kecuali Sarawak) dan Parlimen Malaysia supaya pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri dapat diadakan serentak.[4][5][6] Pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) pembubaran (pada atau sebelum 4 Mac 2004, dengan tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), melainkan dibubarkan sebelum tarikh itu oleh Ketua Negara, Sultan Selangor atas nasihat Ketua Menteri, Menteri Besar Selangor.[7]

  1. ^ "Senarai calon Pas sudah diduga: Dr Khir". Berita Harian. New Straits Times Press. 13 Mac 2004. Dicapai pada 5 September 2021 – melalui KLiK.com.
  2. ^ Tunku Mohar Mokhtar (2008) The Twelfth General Elections in Malaysia Intellectual Discourse, Vol 16, No 1, pp89–100
  3. ^ "Keputusan Penuh Pilihan Raya Selangor". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2 September 2021.
  4. ^ "Dr M yakin masa bubar Parlimen sesuai". Berita Harian. New Straits Times Press. 5 Mac 2004. Dicapai pada 5 September 2021 – melalui KLiK.
  5. ^ "Dr M yakin masa bubar Parlimen sesuai" (PDF). Berita Harian. 5 Mac 2004. Dicapai pada 7 September 2021 – melalui Yayasan Kepimpinan Perdana.
  6. ^ Kadir Dikoh. "10.29 juta pengundi penentu masa depan negara". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 5 September 2021 – melalui KLiK.com.
  7. ^ Artikel 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Dicapai pada 2021-08-07.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search