Pilihan raya umum Malaysia 1974


← 1969 24 Ogos – 14 September 1974 1978 →

Semua 154 kerusi dalam Dewan Rakyat
78 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar4,017,266[a]
Pengundi hadir75.00%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Abdul Razak Hussein Lim Kit Siang James Wong
Parti Barisan Nasional DAP Parti Kebangsaan Sarawak
Pilihan raya
lepas
82.35%, 121 kerusi 11.96%, 13 kerusi 2.70%, 9 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
135 9 9
Perubahan kerusi 14 4
Undian popular 1,287,400 387,845 117,566
Peratusan 60.81% 18.32% 5.55%
Peralihan undi 21.54% 6.36% 2.85%

Keputusan mengikut kawasan

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Abdul Razak Hussein
Barisan Nasional

Perdana Menteri dilantik

Abdul Razak Hussein
Barisan Nasional


Pilihan raya umum Malaysia 1974 yang merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai rang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.

Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.[2]

  1. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, p156 ISBN 0-19-924959-8
  2. ^ Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia (Sejarah Malaysia), m.s. 293 (1982). ISBN 0-333-27673-6


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search