Pilihan raya umum Malaysia 2018

Pilihan raya umum Malaysia 2018

← 2013 9 Mei 2018 2022 →
(0) →

Semua 222 kerusi ke Dewan Rakyat
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar14,940,624
Pengundi hadir13,940,000 (97%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Mahathir Mohamad Najib Razak Abdul Hadi Awang
Parti BERSATU UMNO PAS
Gabungan Pakatan Harapan

Parti komponen
+sekutu pilihanraya
Barisan Nasional

Parti komponen
Gagasan Sejahtera

Parti komponen
+sekutu pilihanraya
Pemimpin sejak 7 Januari 2018 3 April 2009 23 Julai 2002
Kerusi pemimpin Langkawi Pekan Marang
Pilihan raya
lepas
67 kerusi, 37.1%
(Pakatan Rakyat)
133 kerusi, 47.38% 21 kerusi, 14.78%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi yang
diperlukan
tbn ss ss
Kerusi yang
dimenangi
121 74 18
Perubahan kerusi 45 54 3
Undian popular 5,799,158 4,080,797 2,051,188
Peratusan 48% 33.80% 16.90%
Peralihan undi 10.9pp 13.58pp 1.83pp

  Parti keempat
 
Pemimpin Jeffrey Kitingan dan Joseph Pairin Kitingan
Parti STAR dan PBS
Gabungan USA
(sebagai gabungan tidak rasmi)
Pemimpin sejak 12 April 2018
Kerusi pemimpin Tambunan (kedua-dua ketua)
(Jeffrey menang)
Pilihan raya
lepas
Kerusi yang
dimenangi
2
Perubahan kerusi Baru
Undian popular 70,740
Peratusan 0.71%
Peralihan undi Baru


Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Najib Razak
Barisan Nasional

Terpilih

Mahathir Mohammad
Pakatan Harapan

Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "next_mps"
Simbol pilihan raya umum Malaysia

Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) ialah pilihan raya yang diadakan pada 9 Mei 2018 hingga 24 Jun 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018.[1] Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 24 Jun 2018. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

222 orang ahli Dewan Rakyat dipilih dari kawasan pemilihan ahli tunggal menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Malaysia tidak mengamalkan pengundian wajib dan pendaftaran pengundi automatik. Umur pengundian adalah 21 tahun ke atas walaupun usia majoriti di negara ini adalah 18 tahun. Pengubahsuaian sempadan pilihan raya untuk seluruh negara telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan kemudiannya diwartakan pada 29 Mac 2018 setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong menjelang pilihan raya umum ke-14.[2] Pilihanraya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Pada 6 April 2018, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu berkuatkuasa pada 7 April 2018 menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dari Perdana Putra kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal kali ini.[3][4]

Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan ini mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu.[5][6]

Ini merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan Barisan Nasional yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu. Ia juga menjadikan Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, dan pada umur 92 tahun, ketua kerajaan tertua di dunia, namun beliau membayangkan akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim selepas mendapat pengampunan diraja.[7]

Selepas pilihan raya, banyak bekas pemimpin berprofil tinggi daripada pentadbiran BN sebelum ini yang ditangkap oleh SPRM. Beberapa orang daripadanya telah dituduh di mahkamah, seperti bekas perdana menteri Najib Razak, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim dan lain-lain.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberikan ucapan selamat kepada Mahathir bin Mohamad, 10 Mei 2018
  1. ^ Hafiz Marzukhi (10 April 2018). "PRU 14: SPR tetapkan Rabu 9 Mei hari mengundi" (dalam bahasa Malay). Astro Awani. Dicapai pada 10 April 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Redelineation report gazetted with king's consent". Free Malaysia Today. 29 March 2018. Dicapai pada 6 April 2018.
  3. ^ Berita Harian Online: Parlimen bubar esok
  4. ^ Sinar Harian: Parlimen bubar esok: PM
  5. ^ "PRU 14 Dashboard". 10 Mei 2018. Dicapai pada 9 May 2018.
  6. ^ "Pakatan takes Putrajaya, buoyed by 'Malay tsunami' | Malay Mail". www.malaymail.com. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  7. ^ "Jailed Malaysia politician 'to get pardon'". 11 May 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018 – melalui www.bbc.com.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search