Piri Reis

Piri Reis (nama penuh Hacı Ahmed Muhiddin Piri - Hadji Ahmed Muhiddin Piri, Ahmet ibn-i el-Haç Mehmet El Karamani; Reis adalah sebuah perkataan Turki bagi pangkat tentera setara dengan pangkat kepten) adalah seorang laksamana Empayar Uthmaniyyah, ahli geografi dan ahli kartografi yang dilahirkan antara tahun 1465 dan 1470 dan meninggal dunia pada tahun 1554 atau 1555.

Beliau sangat dikenali pada hari ini di sebabkan oleh peta dan carta yang dihasilkan oleh beliau di dalam Kitab-ı Bahriye (Buku Navigasi), sebuah buku yang mengandungi maklumat terperinci berkenaan navigasi, selain carta yang sangat tepat (pada masa itu) menghuraikan pelabuhan dan bandar penting di Laut Mediterranean. Beliau mendapat kemasyhuran sebagai seorang ahli kartografi apabila sebahagian kecil peta dunia pertama beliau (disediakan pada tahun 1513) telah ditemui pada tahun 1929 di Istana Topkapı di Istanbul. Peta dunia beliau adalah atlas Turki tertua yang menunjukan Dunia Baru, dan satu dari peta tertua Amerika yang masih wujud di dunia (peta tertua Amerika yang masih wujud dilukis oleh Juan de la Cosa pada tahun 1500, yang mana disimpan di Muzium Laut (Museo Naval) di Madrid, Sepanyol).[1]

Pada tahun 1528, Piri Reis melukis peta dunia kedua yang mana merupakan cebisan kecil (menunjukan Greenland dan Amerika Utara bermula di Labrador dan Newfoundland di utara sehingga ke Florida, Cuba dan sebahagian Amerika Tengah di selatan) masih terselamat. Berdasarkan teks yang didapati di peta ini, beliau melukis peta ini berdasarkan kira-kira 20 buah carta asing dan mappae mundi (Arab, Sepanyol, Portugal, China, India dan Greek) termasuk sebuah Christopher Columbus.[2]

  1. ^ Soucek, S. “Islamic Charting in the Mediterranean,” In J.B. Harley and D. Woodward, eds.[I] Cartography in the Traditional Islamic and South Asian Societies[/I]. Vol. 2, book 1, 263–272. 1992. Chicago: University of Chicago Press
  2. ^ Trading Territories: Mapping the Early Modern World, Jerry Brotton, Reaktion Books, ISBN 978-1861890115, p.108

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search