Planet luar suria

2 Januari 2013: Ahli astronomi menyatakan bahawa galaksi Bima Sakti mungkin terdapat sebanyak 400 bilion planet luar suria, dengan hampir setiap bintang mempunyai satu planet.[1]

Planet luar suria atau planet suria tambahan - (Inggeris extrasolar planet / exoplanet), merupakan planet yang mengorbit bintang selain dari Matahari, dan dengan itu tidak terletak dalam Sistem Suria. Sehingga 8 September 2017, terdapat 3,667 planet luar suria telah dikenalpasti[2] (di dalam 2,747 sistem planet, termasuk 616 sistem planet berbilang).

Eksoplanet merupakan ahli sistem planet dan dengan itu tergolong dalam sistem najam. Terdapat juga laporan mengenai objek berjisim planet terapung bebas (iaitu, yang tidak beredar mengelilingi sebarang bintang). Oleh kerana objek sedemikian tidak tergolong dalam takrifan semula planet 2006 menurut Kesatuan Astronomi Antarabangsa, dan tiada yang diketahui dengan pasti, ia tidak akan dibincangkan dalam rencana ini [3].

2M1207 (biru) dan planetnya 2M1207b, sebagaimana dilihat melalui susunan Very Large Telescope. Sehingga September 2006 ini merupakan satu-satunya planet luar suria yang diambil gambar secara langsung. Warnanya dipertingkatkan.

Selama beberapa abad, planet ekstrasuria merupakan sebuah tajuk spekulasi. Ahli kaji bintang secara umumnya mempercayai ia wujud, tetapi yang menjadi misteri adalah berapakah jumlah yang ada dan sejauh mana ia menyerupai planet dalam Sistem Suria. Pengesahan pertama mengenai kewujudan akhirnya berlaku pada 1990-an. Semenjak 2002, lebih daripada dua puluh buah telah dijumpai setiap tahun. Kini, dianggarkan sekurang-kurangnya 10% bintang menyerupai matahari mempunyai planet, dan pecahan yang sebenarnya mungkin lebih tinggi [4]. Penemuan planet-planet ini menimbulkan persoalan kebarangkalian wujudnya hidupan luar angkasa [5].

  1. ^ Claven, Whitney (3 January 2013). "Billions and Billions of Planets". NASA. Dicapai pada 3 January 2013.
  2. ^ Schneider, Jean (10 September 2011). "Interactive Extra-solar Planets Catalog". The Extrasolar Planets Encyclopedia. Dicapai pada 2012-07-13.
  3. ^ "Working Group on Extrasolar Planets: Definition of a "Planet"". IAU position statement. 28 Februari 2003.. Dicapai pada 9/9/2006.
  4. ^ Marcy, G.; Butler, R.; Fischer, D.; dll. (2005). "Observed Properties of Exoplanets: Masses, Orbits and Metallicities". Progress of Theoretical Physics Supplement. 158: 24–42. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "Terrestrial Planet Finder science goals: Detecting signs of life". JPL Terrestrial Planet Finder website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17. Dicapai pada 2006-09-21.. Dicapai pada 21/7/2006.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search