Poseidon

Patung Poseidon di Pelabuhan Copenhagen

Dalam mitologi Yunani, Poseidon (bahasa Yunani: Ποσειδῶν; Latin: Neptūnus) dikenal sebagai dewa yang menguasai laut. Dia merupakan salah satu dari 12 Dewa Olympus. Selain itu, dia disebut sebagai "Pengegar Bumi"[1] kerana peranannya dalam menyebabkan gempa bumi, dan telah dikenali sebagai "penjinak kuda".[2] Dia sering digambarkan sebagai lelaki yang lebih tua dengan rambut kerinting dan janggut .

Dewa-dewi Yunani
Titan dan Dewa-dewi Olympus
Dewa Laut
Dewa Akhirat
Dewi Kesenian
Dewa Lainnya
Dewa-dewi Olympus

Dewa laut Nethuns dalam mitologi Etrusca diadopsi ke dalam mitologi Romawi sebagai Neptunus: kedua-dua dewa ini sendirinya merupakan padanan kepada Poseidon. Poseidon sudah dipuja di Pylos dan Thebes sejak zaman gangsa Yunani sebagai saudara Zeus dan Hades. Ada sebuah Himne Homeros untuk Poseidon. Poseidon mempunyai banyak anak. Poseidon merupakan pelindung bagi banyak kota di Yunani, meskipun dia gagal mendapatkan Kota Athena.[3] Binatang kesukaannya adalah kuda dan lembu. Pohon pinus sering dikhususkan sebagai suatu pohon keramat baginya.[4] Menurut sesetengah cerita rakyat, dia diselamatkan oleh ibunya Rea yang menyembunyikan dia di antara kawanan bebiri dan berpura-pura telah melahirkan seekor anak keldai yang dimakan oleh Cronos.[5]

  1. ^ Modern Greek media (e.g. "The Pacific: A history full of earthquakes" Ta Nea, 2011) and scholars (e.g. Koutouzis, Vassilis Diarkibkan 2012-11-10 di Wayback Machine Volcanoes and Earthquakes in Troizinia) do not metaphorically refer to Poseidon but instead to Enceladus, the chief of the ancient Giants, to denote earthquakes in Greece.
  2. ^ Burkert, Walter (1985). Greek Religion. Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 136–39. ISBN 0-674-36281-0.
  3. ^ "Poseidon". Myth Encyclopedia. Dicapai pada 24 April 2010.
  4. ^ Joe, Jimmy. "Poseidon (Neptune)". Dicapai pada 18 April 2010.
  5. ^ Pada kurun ke-2 AD, satu telaga dengan nama Arne, "perigi bebiri", di persekitaran Mantineia di Arcadia, di mana tradisi lama kekal, dikatakan sebagai Pausanias. (Pausanias viii.8.2.)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search