Power Rangers

Power Rangers
GenreAksi, Pengembaraan
PenciptaHaim Saban
Shuki Levy
Lagu pembukaan"Go Go Power Rangers"
"Power Rangers: The Official Single"
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim27 (Lihat dibawah)
Penerbitan
Lokasi Amerika Syarikat,  New Zealand
Pemasangan kamera
Multi-Camera
Syarikat penerbitan
Saban Entertainment (1993–2002)
The Walt Disney Company (2002–2010)
Saban Brands (2010–2018)
Hasbro (2018–sekarang)
Penyiaran
Saluran asalFOX, Toon Disney, ABC, ABC Family, Nickelodeon
Format audioStereo
Siaran asal28 Ogos 1993 - kini
Rancangan berkaitan
Masked Rider
VR Troopers
Super Sentai

Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siri Super Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.

Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.

Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.

Logotype asas telah diperkenalkan pada tahun 1996 dengan Power Rangers Zeo dan diseragamkan dengan Power Rangers in Space dua tahun kemudian hingga Power Rangers Wild Force, 1996-2002
2003–2009

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search