Protokol Kyoto | |
---|---|
Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim | |
Berkuat kuasa | 16 Februari 2005 |
Syarat | Ratifikasi oleh sekurang-kurangnya 55 negara konvensyen |
Tamat tempoh | Dalam bidang kuasa (tempoh komitmen pertama tamat pada 31 Disember 2012). |
Pihak | 192 Kesatuan Eropah, Pulau Cook, Niue dan semua anggota negeri PBB kecuali Kanada, Sudan Selatan dan Amerika Syarikat. |
Pemegang simpanan | Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu |
Bahasa | |
Protokol Kyoto di Wikisumber | |
sunting |
Sambungan Protokol Kyoto (2012-20) | |
---|---|
Pindaan Doha dalam Protokol Kyoto | |
Dirangka | 8 Disember 2012 |
Berkuat kuasa | Tidak dikuatkuasakan |
Syarat | Perantaraan oleh 144 pihak (3/4 daripada 192 Pihak) diperlukan |
Pengantara | 64 |
Pindaan Doha dalam Protokol Kyoto di Wikisumber | |
sunting |
Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.
Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun 2050. (sumber:Nature, Oktober 2003)
Nama rasmi protokol ini ialah Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto berkenaan Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dibuka untuk pendanatanganan pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search