Proton Saga (generasi pertama)

Generasi pertama Proton Saga
PengilangProton
Pengeluaran1985 - sehingga kini
KelasKereta kompak
Stail badanSalun 4 pintu
Hatchback 5 pintu
PlatformFF
Enjin4G13 I4 1.3 L
4G15 I4 1.5 L
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 3 kelajuan
Berkait1983 Mitsubishi Lancer

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008. Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton[1].

Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.

  1. ^ "First National Car Reborn". The Star / YouTube. 18 January 2008. Dicapai pada 1 February 2013.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search