Rabai

Rabai (kadangkala dieja Rabbi; Ibrani Ashkenaz: רְבִּי rǝbbī dan רַבִּי rabbī; Ibrani Sefardi: רִבִּי ribbī; Jawi: راباي، ربي) ialah guru agama atau ulama dalam agama Yahudi.[1] Perkataan "rabai" (guruku) berasal daripada kata akar Ibrani Klasik "Rav", yang bererti "hebat" atau "dihormati". Semua permasalahan agama Yahudi biasanya dirujuk kepada rabai dan mereka mempunyai peranan sebagai penasihat dan ketua agama dalam setiap masyarakat Yahudi.

Seseorang menjadi rabai dengan ditahbiskan oleh rabai lain—proses yang dipanggil semikhah—setelah mempelajari sejarah dan teks-teks Yahudi seperti Talmud. Jawatan rabai berasal dari era Farisi (167 SM – 73 TM) dan Talmud (70 – 640 TM) ketika ulama-ulama berkumpul menghimpunkan hukum-hakam agama Yahudi. Istilah "rabai" digunakan buat kali pertama pada abad pertama Masihi. Lama-kelamaan, peranan rabai dipengaruhi oleh paderi-paderi Kristian Protestan dan rabai mula memberi khutbah, kaunseling, dan menjadi mewakili komuniti. Pada abad ke-19 di Jerman dan Amerika Syarikat, aktiviti-aktiviti ini menjadi lebih penting.

Bergantung pada mazhab, terdapat kriteria yang berbeza untuk menjadi seorang rabai. Sesetengah komuniti Yahudi Ortodoks tidak percaya bahawa wanita boleh menjadi rabai,[2][3] manakala komuniti lain seperti Konservatif, Pembaharuan dan Rekonstruksionis membenarkan wanita menjadi rabai untuk hal-hal yang berkait dengan hukum-hakam dan akhlak.[4][5]

Rabai Moshe Feinstein, tokoh berkuasa Rabai terkemuka agama Yahudi Ortodoks akhir abad kedua puluh.
  1. ^ rabbi | Definition, History, & Functions | Britannica
  2. ^ Israel-Cohen, Y. (2012). "Chapter Five: Orthodox Women Rabbis? It's Only a Matter of Time". Dalam Between Feminism and Orthodox Judaism (m/s 69–78). Brill.
  3. ^ Nadell, P. S. (2019). Paving the Road to Women Rabbis. Gender and Religious Leadership: Women Rabbis, Pastors, and Ministers, 89.
  4. ^ "Orthodox Women To Be Trained As Clergy, If Not Yet as Rabbis". Forward.com. Mei 21, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 6, 2011. Dicapai pada Mei 3, 2012.
  5. ^ PRI.org Can Orthodox Jewish Women be Rabbis? Diarkibkan Januari 12, 2016, di Wayback Machine, November 9, 2015

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search