Ramayana

Teks Hindu
Śruti

Smriti

Ramayana (bahasa Sanskrit Rāmāyaa) yang berasal dari kata Rāma dan Ayaa yang berarti "Perjalanan Rama", adalah salah sebuah mahakarya atau epik dari India di samping epik Mahabharata. Ramayana merupakan sebuah kitab suci yang telah mempengaruhi kehidupan, pemikiran dan kebudayaan jutaan orang Hindu sejak beribu-ribu tahun. Hampir setiap aspek agama, kebudayaan, sama ada kesusasteraan, drama, muzik, seni atau ukiran masyarakat Hindu telah dipengaruhi oleh kitab ini. Malah, boleh dikatakan bahawa tidak ada kitab suci lain yang telah mempengaruhi kehidupan orang Hindu seperti Ramayana.

Nampaknya, tidak ada tempat di benua India yang tidak ada kaitan dengan Rama, Sita, Lakshmana dan Hanuman! Sungai di mana Sita mencuci pakaiannya, gunung yang terbelah dua kerana tekanan Hanuman, batu yang dipijak oleh Rama - dengan pelbagai cerita begini, penduduk-penduduk India membina hubungan yang rapat dengan hero-hero Ramayana. Maka, dengan menghayati mahakarya yang hebat ini, seseorang dapat memperbanyakkan pengetahuannya tentang kebudayaan India dan juga meningkatkan sedikit sebanyak kebudayaan dan kerohaniannya sendirinya.

Valmiki sedang menulis Ramayana

Ramayana yang asal ditulis oleh Valmiki.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search