Ratu Balqis

Ratu Balqis juga dikenali sebagai Ratu dari Saba' atau Ratu dari Sheba (Arab: ملكة بلقيس) adalah seorang ratu yang memerintah kerajaan kuno Saba' yang disebut dalam Injil Ibrani, Perjanjian Baru dan Al-Quran. Ibu kota Saba' dipercayai ialah Ma'arib yang terletak berhampiran kota Sana'a, ibu negara Yaman sekarang.[1] Selain Yaman, daerah kekuasan Saba' mungkin meliputi Eritrea dan Habsyah juga. Kisah lawatan rasmi Ratu Balqis ini terjadi ketika era pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. (Raja Sulaiman) yang mahu memperluaskan pengaruh penguasaannya sehingga ke tanah orang Yahudi, Semenanjung Arab dan negeri Habsyah.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search