Republik

Republik (Jawi: ريڤوبليك) merujuk kepada sejenis pemerintahan sesebuah negara yang dipegang kedaulatannya dan diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat jelata seperti presiden, hal ini berlawanan dengan sesebuah negara yang mengamalkan konsep negara beraja (atau "kerajaan") yang ditabalkan ketuanya bergelar raja atau ratu dalam kalangan suatu kerabat diraja.[1][2] Republik bermaksud pentadbiran dimiliki serta dikawal oleh rakyat sepenuhnya yakni suatu "urusan awam" atau "benda awam" (dalam bahasa Latin: res publica)[3] berbanding sistem beraja yang secara teorinya meletakkan kuasa dalam pertimbangan peribadi raja semata-mata.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya yang paling terkenalnya melalui contoh Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM sehingga 27 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip yang menetapkan keutuhan jawatan menguasai negara republik seperti "kesetahunan" (annuitas, tempoh menjawat selama satu tahun sahaja) dan penjawatan bersama (collegialitas).

Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja individu iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang dipimpin langsung suatu Majlis Persekutuan dianggotai tujuh ahli, atau San Marino yang di mana dua orang memegang bersama jawatan ketua negara.

  1. ^ Bohn, H. G. (1849). The Standard Library Cyclopedia of Political, Constitutional, Statistical and Forensic Knowledge (dalam bahasa Inggeris). m/s. 640. A republic, according to the modern usage of the word, signifies a political community which is not under monarchical government ... in which one person does not possess the entire sovereign power.
  2. ^ "République". Perspective Monde (dalam bahasa Perancis). Université de Sherbrooke, Québec, Kanada. Dicapai pada 29 Oktober 2021. Une république s'oppose à un royaume (ou monarchie) où l'on trouve un roi ou une reine qui assume le pouvoir par une filiation familiale.
  3. ^ "republic". Merriam Webster Dictionary. Merriam-Webster Inc. Dicapai pada 5 Jun 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search