Republik (Plato)

Untuk karya-karya lain yang digelarkan "Republik", sila lihat: Republik (nyahkekaburan).

Republik ialah sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, di sekitar 390 SM, mahakarya ini adalah berkenaan dengan "falsafah benda-benda kemanusiaan" ("philosophia peri ta anthropina") dan merangkumi bidang-bidang antologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, ethika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi.

Kesemua bidang-bidang itu telah diperiksa semata-mata untuk menemui sifat keadilan; sudah tentu, pokok dialognya ialah soalan: "Apakah itu keadilan?" Dengan tumpuan terhadap pandangan ini, Plato (melalui Socrates) membina sebuah "bandar dalam bentuk pertuturan" yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan yang sempurna. Bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil yang dapat dibayangkan, tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang harus hidup. Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas, iaitu, "soalan sejagat lawan tertentu".

Tajuk karya yang asalnya ialah politeia (perkataan Yunani). "Republik" yang merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional ialah nama yang tidak kena. Nama ini diperoleh daripada bahasa Latin Cicero; tajuk yang lebih tepat ialah "Rejim".


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search