Republik Portugis Kedua atau Estado Novo ([isy-ta-du no-vu], "Negara Baru") merupakan sebuah rejim korporatis mutlak yang memerintah Portugal pada tahun 1933.[1] Ia berkembang dari Ditadura Nacional yang dibentuk setelah berlakunya suatu kudeta pada 28 Mei 1926 yang menggulingkan pihak Republik Portugal Pertama yang tidak stabil. Ia merupakan ia adalah rejim mutlak yang paling lama bertahan di Eropah.[2]
Pemerintahan konservatif dan mutlak ini diasaskan António de Oliveira Salazar, Presiden Dewan Menteri Portugal dari 1932 hingga 1968 apabila beliau jatuh sakit dan telah digantikan oleh Marcelo Caetano. Kedua-dua mereka ini berusaha mahu mengekalkan legasi dan kuasa kerajaan Portugis yang meluas di banyak benua ketika kuasa-kuasa jajahan Eropah lain sudah menerima desakan polisi dekolonisasi ke atas jajahan pemilikan mereka.
Pemerintahan ini berakhir dengan suatu kudeta pimpinan kelompok-kelompok Angkatan Tentera Portugis pada 25 April 1974 yang kini disebut sebagai Revolusi Bunga Teluki (Revolução dos Cravos).
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search