Revolusi April

Revolusi April
Penunjuk perasaan semasa Revolusi April
TarikhApril 11 (11-04) – 26 April 1960 (1960-04-26)
Lokasi
Korea Selatan
Punca
  • Penindasan oleh kerajaan Syngman Rhee.
  • Penipuan pilihan raya
Kesan
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan pro-demokrasi
Tokoh dan pemimpin utama
Korea Selatan Syngman Rhee
Korban
180 orang awam

Revolusi April ( Korea: 4.19 혁명; Jawi: ريۏولوسي اڤريل), juga dikenali sebagai Revolusi 19 April atau Gerakan 19 April, ialah protes besar-besaran di Korea Selatan terhadap Presiden Syngman Rhee dan Republik Pertama dari 11 hingga 26 April 1960 yang membawa kepada peletakan jawatan Rhee.[1]

Protes menentang Rhee dimulakan oleh kumpulan pelajar dan buruh di bandar pelabuhan tenggara Masan pada 11 April. Protes itu dicetuskan oleh penemuan mayat pelajar sekolah menengah tempatan yang dibunuh oleh polis semasa demonstrasi menentang pilihan raya yang ditipu pada Mac. Ketidakpuasan hati popular telah timbul disebabkan oleh pemerintahan autokratik Rhee, rasuah, penggunaan keganasan terhadap pembangkang politik dan pembangunan tidak sekata di Korea Selatan. Penemuan di Masan membawa kepada protes besar pelajar di Seoul, yang telah ditindas dengan ganas; seramai 186 orang terbunuh dalam dua minggu protes tersebut.[2] Rhee meletak jawatan pada 26 April sebelum melarikan diri ke buangan di Amerika Syarikat, dan digantikan oleh Yun Posun, memulakan peralihan kepada Republik Kedua Korea Selatan.

  1. ^ "South Korean students force dictator to resign, new elections, 1960 | Global Nonviolent Action Database". nvdatabase.swarthmore.edu. Dicapai pada 2021-02-11.
  2. ^ "Remembering the April 19 Revolution". www.donga.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-21.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search