Revolusi Nasional Indonesia

Revolusi Nasional Indonesia

Ratu Juliana menandatangani kedaulatan doktrin kepada Republik Indonesia Serikat di Den Haag, 27 Disember 1949
Tarikh29 September 1945 – 27 Disember 1949
Lokasi
Pihak yang terlibat

 Indonesia

 Empayar Jepun (dari 1946)

 British Raj (dari 1946)

 Belanda (dari 1946)

 Empayar British /
 United Kingdom (sehingga 1946)


 Empayar Jepun (sehingga 1946)
Komandan dan pemimpin
Sukarno
Mohammad Hatta
Tan Malaka
Sudirman
Oerip Soemohardjo
Sri Sultan Hamengkubuwana IX
Syafruddin Prawiranegara
Sutan Sjahrir
Sutomo
Soeharto
Slamet Rijadi
Abdul Haris Nasution
Moestopo
I Gusti Ngurah Rai
Tjilik Riwut
Achmad Tahir
Simon Spoor
Hubertus van Mook
Willem Franken
Clement Attlee
Sir Philip Christison
T.E.D Kelly
Tjokorda Sukawati
Sultan Hamid II
Raymond Westerling
Kekuatan
Tentera Republika:
150,000
Pemuda:
Anggaran 100,000
Bekas sukarelawan Tentera Imperial Jepun:
3,000
Pegawai Tentera India British: 600
Tentera Diraja Belanda:
20,000 (permulaan) - 180,000 (tetinggi)
Tentera Diraja Hindia Timur Belanda:
60,000
British:
30,000+ (tertinggi)[1]
Kerugian dan korban
97,421 kematian tentera bersenjata Indonesia dan orang awam[2] ~6,622 maut:
980 kematian tentera British [3]
4,585 kematian tentera Belanda[4]
1,058 kematian tentera Jepun

Revolusi Nasional Indonesia ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara Indonesia dan Empayar Belanda. Revolusi ini berlaku antara detik pembacaan suatu "proklamasi" kemerdekaan oleh Indonesia pada tahun 1945 dan pengiktirafan kemerdekaan Indonesia oleh Belanda pada penghujung tahun 1949. Pergerakan kemerdekaan Indonesia bermula dalam tahun 1908, yang sekarang diperingati sebagai Tahun Kebangkitan Bangsa Indonesia.

Perjuangan kemerdekaan berlanjutan selama empat tahun dan melibatkan konflik bersenjata yang berdarah, pergolakan politik dan masyarakat Indonesia, dan campur tangan diplomatik besar sebanyak dua kali. Angkatan Belanda gagal menewaskan orang Indonesia.[5] Kendatipun angkatan Belanda berjaya mengawal bandar-bandar di wilayah yang dipegang pihak Republik di Pulau Jawa dan Sumatera, mereka tidak dapat menguasai kampung-kampung dalam kawasa-kawasan pedalaman. Justeru, Republik Indonesia akhirnya meraih kejayaan melalui usaha diplomatik antarabangsa dan dengan kegigihan orang Indonesia dalam pertempuran bersenjata di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain.[5]

Revolusi memusnahkan pentadbiran kolonial Hindia Timur Belanda yang telah memerintah Indonesia dari jauh di Belanda. Ia juga berusaha untuk menghapus sisa-sisa feudalisma yang masih mengakar pada kebanyakan raja-raja tempatan yang semasa kolonialisme sering bekerjasama dengan pihak penjajah Belanda. Revolusi tidak banyak meningkatkan keadaan ekonomi atau politik sebahagian besar penduduk, mahupun sebilangan kecil orang Indonesia dapat meraih peranan yang lebih besar dalam kegiatan komersial.

  1. ^ "The War for Independence: 1945 to 1950". Gimonca. Dicapai pada 23 September 2015.
  2. ^ "Jumlah Korban Indonesia – Imperial & Global Forum".
  3. ^ Kirby, Woodburn S (1969). War Against Japan, Volume 5: The Surrender of Japan. HMSO. m/s. 258.
  4. ^ "Indonesian War of Independence (in numbers)". NIOD Institute for War, Holocaust and Genocide Studies. Dicapai pada 2023-02-09.
  5. ^ a b Friend (2003), page 35

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search