Revolusi Perancis

Gambaran penghukuman pancung ke atas Raja Louis XVI oleh para revolusioner republikanis tidak lama selepas penggulingan takhta baginda, bertarikh abad ke-17.

Revolusi Perancis (Perancis: Révolution française, 1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan terdahulu yang dikuasai raja (mutlak pada awalnya tapi kemudiannya secara berperlembagaan) dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik kepada suatu pemerintahan dipimpin rakyat jelata yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".

Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki, dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk.

Dalam abad yang berikutnya, Perancis telah ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berlainan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search