Richard Feynman

Richard P. Feynman
Gambar foto lencana Feynman daripada Makmal Negara Los Alamos.
Kelahiran11 Mei 1918
Meninggal dunia15 Februari 1988
Warganegara Amerika Syarikat
Pusat pendidikanInstitut Teknologi Massachusetts
Universiti Princeton
Terkenal keranaElektrodinamik kuantum
Teori zarah
Gambar rajah Feynman
Anugerah Hadiah Nobel Fizik (1965)
Pingat Oersted (1972)
Kerjaya saintifik
BidangFizik
InstitusiProjek Manhattan
Universiti Cornell
Institut Teknologi California
Penasihat kedoktoranJohn Archibald Wheeler
Pelajar kedoktoranAl Hibbs
George Zweig
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "image_width"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "residence"
Richard Feynman (tengah) dengan Robert Oppenheimer (kanan) bersantai di majlis sosial Los Alamos semasa Projek Manhattan.

Richard Phillips Feynman (11 Mei 191815 Februari 1988) (nama akhir disebut sebagai FINE-man) adalah antara ahli fizik Amerika Syarikat yang termasyhur dalam abad ke-20. Beliau berjaya mengembangkan teori kuantum elektrodinamik, teori kuark, dan fizik superbendalir helium cecair yang adisejuk. Feynman membantu dalam pembinaan bom atom, dan kemudian menjadi seorang anggota suruhanjaya yang menyiasat Bencana Bolak-balik Angkasa Lepas Challenger. Kerana penyelidikannya dalam bidang kuantum elektrodinamik, Feynman dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1965, bersama dengan Julian Schwinger dan Shin-Ichiro Tomonaga. Walaupun beliau hanya mengarang 37 buah kertas penyelidikan pada sepanjang hidupnya, ramai orang merasakan penemuanannya di Caltech tentang superbendalir dan peramalan kuark melayakkannya untuk menerima Hadiah Nobel.

Selain itu, Feynman juga antara peneroka terawal komputer kuantum dan ahli sains pertama yang membincangkan kemungkinan teknologi nano secara terbuka. Beliau juga seorang yang berpengaruh dalam mempopularkan fizik di kalangan orang ramai, dengan syarahannya, Terdapat Banyak Ruang di Bawah (1959), dan himpunan syarahannya, Syarahan Feynman mengenai Fizik,  menjadi buku-buku laris di banyak negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Rusia. Feynman juga dikenali untuk jenaka, minat dalam aktiviti bermain bongo, serta penterjemahan hieroglif kaum Maya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search