SS

Skuad Pelindung
Schutzstaffel
Insignia SS (sig runes)
Bendera SS

Adolf Hitler memeriksa perbarisan Leibstandarte SS Adolf Hitler di Klagenfurt pada April 1938. Heinrich Himmler berdiri dibelakang sebelah kanan Hitler.
Intisari agensi
Dibentuk4 April 1925
Agensi-agensi terdahulu
Dibubarkan8 Mei 1945
Agensi yang mengambil alih
JenisSepara tentera
Bidang kuasa
Jerman Nazi Nazi Jerman
Taklukan Eropah
Ibu pejabatSS-Hauptamt, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan1,250,000 anggota (Februari 1945)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Separa tentera
Agensi induk
Jerman Nazi NSDAP
Agensi-agensi anak

Schutzstaffel (SS) (Bahasa Melayu:"Skuad Pelindung" atau "pengawal perlindungan",disingkatkan secara universal kepada SS atau Runic "ᛋᛋ", bukan dalam perkataan Roman atau Gothik tetapi ditulis seperti cahaya petir mengikut abjad purba sig runes - SS juga dikenali sebagai Pasukan Berseragam Hitam) merupakan sebuah organisasi besar separa tentera yang berada dibawah Adolf Hitler dan Parti Nazi (NSDAP). Ia bermula pada penghujung tahun 1920 sebagai sebuah unit kecil pengawal tetap yang dikenali "Saal-Schutz" (Pelindung Dewan),dibentuk dari sukarelawan NSDAP bagi menjaga keselamatan mesyuarat-mesyuarat Parti Nazi di Munich. Selepas itu pada tahun 1925, Heinrich Himmler menyertai unit ini yang kemudian diperbaharui dan dinamakan semula "Schutzstaffel". Dibawah kepimpinan Himmler (1929-45), ia berkembang dari sebuah formasi kecil kepada satu organisasi terbesar dan paling berkuasa dalam Reich Ketiga. Dibina berasaskan ideologi Nazi, SS dibawah pemerintahan Himmler telah bertanggungjawab bagi kebanyakkan jenayah menentang kemanusiaan semasa Perang Dunia II (1939-1945). SS,bersama-sama Parti Nazi, telah diisytiharkan sebuah organisasi jenayah oleh Tribunal Tentera Antarabangsa dan diharamkan di Jerman selepas tahun 1945.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search