Saat

Saat (simbol: s; Jawi: ساعت) ialah unit asas SI untuk masa. Walaupun awalan SI seperti kilo boleh digunakan untuk mewakili tempoh masa yang lebih panjang, ia jarang digunakan berbanding unit bukan-SI minit, jam dan hari. Untuk tempoh masa yang lebih pendek, awalan SI seperti mili dan mikro biasa digunakan.

Takrifan saat adalah seperti berikut:

"Saat adalah jangka masa 9,192,631,770 tempoh sinaran yang berpadanan dengan peralihan di antara dua aras hiperhalus keadaan asas atom sesium-133."[1]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search