Sabah

Sabah
سابه
Wilayah
Wilayah Sabah
Nama panggilan: 'Negeri Di Bawah Bayu'[1]
Cogan kata: Sabah Maju Jaya[2]
Lagu: Sabah Tanah Airku[3]
Fail:Sabah.svg
   Wilayah Sabah di    Malaysia
Ditubuhkan dibawah Empayar Bruneiabad ke-15
British Borneo Utara1882
Penduduk Jepun1942
Jajahan Mahkota British15 Julai 1946
Memperoleh pemerintahan sendiri31 Ogos 1963[4][5][6][7]
Bergabung dengan Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia[8]16 September 1963[9]
Ibu Negeri
(dan bandar terbesar)
Kota Kinabalu
Bahagian
Pentadbiran
 • JenisSistem Demokrasi Berparlimen dan Sistem Ketua Kerajaan Negeri
 • BadanDewan Undangan Negeri Sabah
 • Yang di-Pertua NegeriJuhar Mahiruddin
 • Ketua MenteriHajiji Noor
(GRS)
Keluasan
 • Jumlah73,904 km2 (28,534 batu persegi)
Aras tertinggi4,095 m (13,435 ft)
Penduduk
 (2021)[10]
 • Jumlah 3,418,785 (ke−2)
 • Kepadatan52/km2 (130/batu persegi)
DemonimOrang Sabah
Demografik (2010)[11]
 • Kumpulan etnik
 • DialekMelayu Sabah • Melayu Brunei • Bahasa Kadazandusun • Hakka • Dusun
Indeks Wilayah
 • IPM (2019)0.710 (tinggi) (ke-15)[12]
 • Kadar kesuburan (2017)1.4[10]
 • KDNK (2020)RM77,506 juta[10]
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia[13])
Poskod
88xxx sehingga 91xxx[14][15]
Kod kawasan087 (Bahagian Pedalaman)
088 (Kota Kinabalu dan Kudat)
089 (Lahad Datu, Sandakan dan Tawau)[16]
Kod ISO 3166H (MY-12, 47–49)[17]
Pendaftaran kenderaanSA, SAB, SAC, SY (Pantai Barat)
SB (Beaufort)
SD (Lahad Datu)
SK (Kudat)
SS, SSA, SM (Sandakan)
ST, STA, SW (Tawau)
SU (Keningau)[18]
Nama bekasBorneo Utara
Bahasa rasmi & diiktirafMelayu & Inggeris
Bahagian MemanduKiri
Voltan elektrik230 V, 50 Hz
Laman sesawangTapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "short_description"

Sabah juga dikenali sebagai Sabah Negeri Dibawah Bayu (Tulisan Jawi: سابه نݢري دباوه بايو) ialah salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Wilayah Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. Sabah terletak di bahagian utara pulau Borneo. Ibu Negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Kedudukan Sabah yang sangat strategik yang terletak di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah ialah wilayah kedua terbesar di Malaysia. Luas dataran kawasan Wilayah Sabah dijangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Wilayah Sarawak, dan terpisah dari Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Selain itu, Sabah juga mempunyai sempadan antarabangsa darat di bahagian selatan wilayah berserta Laut Sulawesi dengan Indonesia, dan sempadan air di utara Laut Sulu dengan Filipina serta di barat Laut China Selatan dengan Brunei dan Vietnam dengan anggaran garis pantainya sepanjang 1,290–1,450 km. Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo selaku pulau ketiga terbesar dunia. Sabah beriklim hutan hujan tropika dan mempunyai gunung tertinggi di asia tenggara, Gunung Kinabalu, dengan ketinggian 4,101 meter, dan menjadi sebahagian daripada kawasan banjaran Crocker. Rangkaian banjaran (julat) di Sabah— Crocker, Trusmadi dan Witti adalah bergerigi di pedalaman dan merangkumi banyak puncak hingga mencapai ketinggian antara 1,200 ke 1,800 meter. Di antara Banjaran Crocker dan laut di pantai barat ialah dataran pantai yang luas dan berpenduduk ramai; dataran lain seperti di Tenom, Tambunan dan Keningau, terletak di pedalaman di antara jisim gunung, manakala dataran rendah timur sebahagiannya dibedah penembusan.

Sabah pernah dikenali sebagai Negara Borneo Utara (State of North Borneo) semasa zaman penjajahan British sehingga tahun 1963. Mempunyai sejarah silam tersendiri, malah terhubung kait juga dengan sejarah Brunei-Filipina. Wilayah ini pernah dimiliki sebagai sebahagian Kesultanan Srivijaya, Majapahit, Brunei, Sulu sebelum pemerintahan kolonial British (SBUB dan Pemerintahan Koloni Inggeris) dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sekarang, di masukkan dalam Negara Persekutuan Malaysia.

Wilayah Sabah bersistemkan demokrasi berpelembagaan sejak masa bekerajaan sendiri pada tahun 1963. Dengan badan perundangan negeri tersendiri, ketua negara ialah Yang di-Pertua Negara Sabah (dahulunya Gabenor Sabah), Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di Sabah, dan dibantu oleh Jemaah Menterinya. Sabah juga merupakan salah satu dari empat wilayah (dua daripadanya adalah negeri di Semenanjung) di Malaysia yang tidak mempunyai sultan atau raja di peringkat wilayah. Berpandukan kepada sistem Westminister yang diwariskan pemerintahan British, dan juga salah satu Wilayah terawal yang mengguna pakai sistem ini. Sabah mempunyai 5 kawasan (bahagian) pentadbiran dan 27 daerah. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, diikuti Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sabah.

Penduduk Sabah atau suka menggelarkan sebagai Sabahan, dan terdiri daripada 33 kumpulan peribumi (bumiputera Sabah) yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Terdapat satu dialek Melayu yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Sabah. Kumpulan etnik terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun yang merangkumi hampir 30% penduduk di Sabah. Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ialah perayaan yang disambut oleh warga Kadazan-Dusun dengan tujuan untuk mengekalkan tradisi semangat padi atau "Bambarayon" serta menzahirkan rasa syukur mereka kerana hasil tuaian yang lumayan. Etnik utama lain di Sabah ialah Bajau Samah, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, ialah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di wilayah Sabah, masing-masing. Suku-suku lain Sabah termasuk Bajau, Iranun, Melayu Brunei, Banjar, Bugis, Kedayan, Lotud, Lundayeh, Rungus, Sepanyol, Minokok, Bonggi, dan Ida'an. Selain itu, bangsa Cina atau campuran Cina-Dusun (Sino/ Sino-native) juga menjadi kumpulan utama peribumi di Wilayah Sabah.

  1. ^ "Mengenai Sabah" [About Sabah]. Sabah State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 19 Mei 2016.
  2. ^ "The Meaning of the Sabah State Crest". Sabah State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2014. Dicapai pada 10 June 2014.
  3. ^ "Lagu-Lagu Patriotik" [Patriotic Songs]. Sabah State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 May 2016. Dicapai pada 20 May 2016.
  4. ^ The Report: Sabah 2011. Oxford Business Group. 2011. m/s. 10–143. ISBN 978-1-907065-36-1.
  5. ^ "The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)". The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada 23 April 2015.
  6. ^ Philip Mathews (28 February 2014). Chronicle of Malaysia: Fifty Years of Headline News, 1963–2013. Editions Didier Millet. m/s. 15–. ISBN 978-967-10617-4-9.
  7. ^ Frans Welman (9 March 2017). Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-078-5. Dicapai pada 28 May 2013.
  8. ^ "Malaysia Act 1963 (Chapter 35)" (PDF). The National Archives. United Kingdom legislation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 November 2012. Dicapai pada 12 August 2011.
  9. ^ the Governments of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of , North Borneo, Sarawak and Singapore (1963). Agreement relating to between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of North Borneo, Sarawak and Singapore . m/s. 1 – melalui Wikisource.
  10. ^ a b c d "Sabah @ a Glance". Department of Statistics,. Dicapai pada 29 December 2017.CS1 maint: extra punctuation (link)
  11. ^ "Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2012. Dicapai pada 25 February 2016.
  12. ^ "Subnational Human Development Index (2.1) [Sabah – Malaysia]". Global Data Lab of Institute for Management Research, Radboud University. Dicapai pada 12 November 2018.
  13. ^ Helmer Aslaksen (28 June 2012). "Time Zones in". Department of Mathematics, Faculty of Science, National University of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2016. Dicapai pada 21 May 2016.
  14. ^ "Postal codes in Sabah". cybo.com. Dicapai pada 12 July 2016.
  15. ^ "Postal codes in Semporna". cybo.com. Dicapai pada 12 July 2016.
  16. ^ "Area codes in Sabah". cybo.com. Dicapai pada 12 July 2016.
  17. ^ "State Code". Malaysian National Registration Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2017. Dicapai pada 19 May 2017.
  18. ^ Teh Wei Soon (23 March 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates". Diarkibkan daripada vehicle-registration-plates.html yang asal Check |url= value (bantuan) pada 8 July 2015. Dicapai pada 12 July 2016. Text "publish Digest" ignored (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search