Sains semula jadi

Eksperimen Michelson–Morley telah digunakan untuk membuktikan salah bahawa cahaya merambat menerusi satu eter pemancar cahaya. Konsep abad ke-19 ini digantikan oleh teori relativiti khas Albert Einstein.

Dalam sains, istilah sains semula jadi merujuk kepada pendekatan naturalistik terhadap pembelajaran alam semesta, yang mana ia difahami sebagai mematuhi undang-undang atau hukum asal alam semula jadi. Pada keseluruhannya, sains semula jadi ialah teras terhadap semua sains.

Istilah sains semula jadi juga digunakan untuk memisahkan bidang-bidang yang menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji alam semula jadi daripada sains sosial dan kemanusiaan, yang juga menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji kelakuan manusia dan masyarakat; serta daripada sains formal, seperti matematik dan logik, yang menggunakan metodologi (a priori) yang berbeza.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search