Salah guna kuasa

Salah guna kuasa (Tulisan Jawi: ساله ڬونا كواس) atau penyalahgunaan kuasa (ڤڽالهڬوناان كواس) ialah suatu jenayah dalam bentuk "salah laku di pejabat" atau "salah laku pegawai". Perbuatan ini dikategorikan sebagai pelakuan perbuatan yang menyalahi undang-undang, dilakukan sambil menjawat jawatan rasmi, yang mempengaruhi keputusan ketika melakukan tugas-tugas yang diberi. Salah laku di pejabat sering menjadi alasan sebab penyingkiran pegawai yang dipilih oleh statut atau pilihan raya semula. Antara faktor salah guna kuasa adalah berkaitan rasuah, kepentingan diri, keluarga, dan juga kronisme.[1]

  1. ^ Didakwa salah guna kuasa Harian Metro. 25 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Januari 2020

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search