Salji

Salji selama musim dingin di Holme, Yorkshire Barat, England

Salji (Jawi: ثلجي) atau salju (Jawi: ثلجو‎) ialah kerpasan dalam bentuk hablur ais cair yang jatuh dari awan terkumpul di permukaan bumi[1] mengandungi banyak emping. Memandangkan ia dibuat daripada zarah yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia mempunyai struktur terbuka yang lembut dan gebu, kecuali diletakkan di bawah tekanan luaran. Kepingan-kepingan yang terhasil ini turun dalam bentuk empingan yang mempunyai banyak saiz dan rupa - ia terbentuk apabila titisan awan sejuk lampau kecil (diameter sekitar 10 μm) beku.

Salji dibentuk biasanya apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Ia juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan. Satu peraturan adalah bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan.

Salji dari angkasa
  1. ^ Hobbs, Peter V. (2010). Ice Physics. Oxford: Oxford University Press. m/s. 856. ISBN 978-0199587711.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search