Sandakan

Sandakan
سنداکن
Elopura
Bandaraya dan Daerah
Pusat bandar Sandakan
Pusat bandar Sandakan
Mohor rasmi Sandakan سنداکن Elopura
Nama panggilan: The Nature City, Little Hong Kong
Map
Lokasi Sandakan di Sabah
Sandakan is located in Bumi
Sandakan
Sandakan (Bumi)
Koordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°E / 5.83333; 118.11667Koordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°E / 5.83333; 118.11667
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan, Sabah
Empayar Bruneikurun ke 15–1658
Kesultanan Sulu1658–1882
Diduduki oleh Syarikat Borneo Utara Inggeris21 Jun 1879
Disahkan menjadi ibukota Borneo Utara1884
Ditamatkan sebagai ibukota1946
Perbandaran1 Januari 1982
BandarayaTBA
DaerahSandakan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Sandakan
 • Presiden MPSHenry Idol
 • MP•Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir (UMNO) (Libaran)

•Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS) (Batu Sapi) Gabungan Rakyat Sabah

•Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee (DAP) (Sandakan) Parti Tindakan Demokratik
Keluasan
 • Jumlah2,266 km2 (875 batu persegi)
Aras10 m (30 ft)
Aras Terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah396,290
 • Kepadatan170/km2 (450/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilihat
Poskod
90000 to 90999
Kod kawasan089
Nombor pendaftaran kenderaanSS (1980-2018)
SM (2018-)
Laman sesawangmps.sabah.gov.my/portal/
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"


Sandakan (Tulisan Jawi: سنداکن‎), merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009). Penduduk Bangsa Bajau, Suluk dan juga Cina amat dominan di Bandar ini.

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.

Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.

  1. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of Sandakan)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 22 August 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search