Sang Nila Utama

Sang Nila Utama
سڠ نيلا اوتام
Raja Temasek Pertama
Patung Sang Nila Utama didirikan
memperingati dwiabad penempatan
British di Singapura
tahun 2019.[1]
Pemerintahan1260-1347
GelaranSri Tri Buana
श्री त्रि भुवन
"Yang Dipertuan Tiga Dunia"
KeputeraanLewat abad ke-12
Tempat keputeraanPalembang, Sumatera Selatan
Mangkat1347
Tempat mangkatKerajaan Temasek
DimakamkanKeramat Iskandar Shah,
Fort Canning Hill (dipertelingkahkan)
PendahuluKerajaan ditubuhkan
PenggantiSeri Wikrama Wira
PasanganWan Seri Bini
AnakandaSeri Wikrama Wira
AyahandaSang Sapurba

Sang Nila Utama (Jawi: سڠ نيلا اوتام; Devanagari: सङ् नील उत्तम) ialah seorang putera Melayu dari keturunan diraja Malayapura yang menubuhkan Kerajaan Temasek, entiti yang menjadi pendahulu kepada negara Singapura kini, pada tahun 1299.[2][3] Baginda ialah putera kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).

Beliau mendapat gelaran Sri Tri Buana (Sanskrit: श्री त्रि भुवन, rumi: śrī tri bhuvana) semasa zamannya, ia diberikan barangkali sempena penguasaan baginda ke atas Jawa, Sumatera dan Temasek mahupun berikutan kepercayaan Hindu yang biasa pada zamannya merujuk kepada kedudukan baginda ke atas kayangan, bumi dunia manusia dan alam bawah tanah.[4]

  1. ^ "Sang Nila Utama, pioneers join Stamford Raffles along Singapore River". Channel NewsAsia. 6 January 2019.
  2. ^ Singapore. Ministry of Culture, Singapore. Ministry of Communications and Information. Information Division (1973). Singapore facts and pictures. Singapore: Ministry of Culture. m/s. 9. ISSN 0217-7773.
  3. ^ Abshire, Jean (2011). The History of Singapore. The Greenwood Histories of the Modern Nations. ABC-CLIO. m/s. 19. ISBN 978-0-313-37743-3. Dicapai pada 2013-07-18. The Malay Annals do not include dates, but tracing the succession of Sang Nila Utama's descendants and dates surrounding events during their reigns suggests the establishment of the new settlement took place in 1299.
  4. ^ John N. Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800. NUS Press. m/s. 148. ISBN 978-9971695743.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search