Sarawak سراوق | |
---|---|
Wilayah Sarawak | |
Nama panggilan: Bumi Kenyalang[1] | |
Cogan kata: Bersatu, Berusaha, Berbakti | |
Lagu: Ibu Pertiwiku [2] | |
Koordinat: 2°48′N 113°53′E / 2.800°N 113.883°EKoordinat: 2°48′N 113°53′E / 2.800°N 113.883°E | |
Ibu Negeri | Kuching |
Bahagian | |
Pentadbiran | |
• Yang di-Pertua Negeri | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
• Premier | Abang Johari Openg (GPS-PBB) |
Keluasan | |
• Jumlah | 124,450 km2 (48,050 batu persegi) |
Penduduk (2022)[4] | |
• Jumlah | 2,625,100 |
• Kepadatan | 21/km2 (55/batu persegi) |
Demonim | Rakyat Sarawak |
Indeks Pembangunan Manusia | |
• IPM (2021) | 0.776 |
Zon waktu | UTC+8 (MST[6]) |
Poskod | |
Kod panggilan | 082 hingga 086[9] |
Kod ISO 3166 | K (MY-13, 50–53)[10][11] |
Pendaftaran kenderaan | QA hingga QT[12] |
Kerajaan sendiri | 22 Julai 1963[13][14] |
Perjanjian Malaysia[15] | 16 September 1963 |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
Sarawak (Jawi: سراوق ) dikenali juga Sarawak Bumi Kenyalang (سراوق بومي کڽالڠ) merupakan wilayah yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah (dahulu dikenali Borneo Utara), Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur.[16][17]
Penghunian manusia yang paling awal di Sarawak di Gua Niah bermula pada 40,000 tahun adalah kaum asal Borneo sendiri. Ini berdasarkan keputusan hasil kajian ke atas tengkorak purba dan tulang paha yang berusia 40,000 dipercayai ada kaitan dengan orang asli Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian deep skull dan tulang paha dengan orang asli wanita Iban.
Malahan penemuan Tembikar Iban Nuan atau Penuan di Gua Niah Sarawak yang berusia lebih 1000 tahun juga telah membuktikan tentang Peradaban awal manusia di Pulau Borneo yang sama dengan tembikar tanah buatan Iban sendiri.
Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di tapak arkeologi Santubong. Wilayah pesisir Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar Brunei pada abad ke-16. Pada tahun 1839, James Brooke, seorang penjelajah British, tiba di Sarawak. Beliau dan keturunannya memerintah negeri itu dari 1841 hingga 1946. Semasa Perang Dunia II, ia diduduki oleh Jepun selama tiga tahun. Selepas perang, Rajah Putih yang terakhir, Charles Vyner Brooke, menyerahkan Sarawak ke Britain, dan pada tahun 1946 ia menjadi Koloni Mahkota British. Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan kerajaan sendiri oleh British dan kemudiannya menjadi salah seorang anggota pengasas Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Namun, persekutuan itu ditentang oleh Indonesia yang membawa kepada konfrontasi selama tiga tahun. Penciptaan Persekutuan juga mengakibatkan pemberontakan komunis yang berlangsung hingga tahun 1990.
Ketua wilayah Sarawak adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala ketua kerajaan adalah Premier. Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sistem perundangan negeri terawal di Malaysia.
Kerana sumber semula jadinya, Sarawak mengkhususkan dalam eksport minyak dan gas, kayu dan kelapa sawit, tetapi juga memiliki sektor perkilangan, tenaga dan pelancongan yang kuat. Ia bersifat etnik, budaya, dan linguistik; terdiri daripada kumpulan etnik utama termasuk Iban, Cina, Melayu, Melanau, Tutong, Bidayuh, Kenyah, dan Orang Ulu. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah dua bahasa rasmi bagi negeri ini. Dan Sarawak adalah negeri yang tidak ada agama rasmi, kerana Sarawak masih mengamalkan kebebasan beragama bagi agama-agama lain seperti Kristian, Islam, Buddha, Sikh, Taoisme, dan lain-lain. Ia bersempadan dengan Indonesia & Brunei.
|archiveurl=
value (bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search