Sayyid

Sayyid (Arab: سيد) (jamak sādah Arab: سادة) dalam bahasa beerti Tuan. Ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki keturunan dari "Rasulullah", Muhammad melalui cucu baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.[1]

Anak-anak perempuan golongan berketurunan sayyid diberi gelaran Sayyidah, Alawiyah, Syarifah, atau Sharifah. Anak kepada seorang wanita Sayyidah yang berkahwin dengan lelaki biasa yang tidak memiliki jurai keturunan Sayyid pula tidak layak mendapat gelaran Sayyid, walau bagaimanapun mereka berhak mendapat gelaran Mirza kerana berasal dari susur ibu berketurunan Sayyidah. Sayyid secara definisinya merujuk kepada cabang suku kaum Arab Bani Hashim, klan dari kaum Arab Quraisy yang bersambung terus kepada Adnan dan kemudiannya bersambung terus kepada Ismail dan bapanya Ibrahim.

Dalam Dunia Arab, Sayyid boleh disamaertikan dengan perkataan bahasa Melayu beerti Tuan atau "Kerabat Termulia, kerana golonga Sayyid ini berasal dari junjungan besar Muhammad.[2] Ini juga berkait dengan penggunaan perkataan sidi (dari bentuk kontrak sayyidī, bermaksud 'juraiku') yang digunakan dalam Dialek Arab Maghribi.[3] Sesetangah Sayyid mengambil gelaran Syeikh sebagai ganti.

Golongan Alevi menggunakan sebutan seyyid (dari bahasa Turki) sebagai gelaran kehormat sebelum menggunakan gelaran sufi mereka. El Cid, ialah nama yang diberikan kepada pahlawan Sepanyol yang terkenal pada abad ke 11 Masihi. Dipercayai nama ini berasal dari perkataan (As-Sayyid). As-Sayyid juga digunakan sebagai gelaran bagi merujuk kepada putera atau raja dalam sistem monarki Kesultanan Oman.

Sedangkan Kerajaan-Kerajaan di Nusantara ini yang berdasarkan kajian sejarah adalah keturunan Ahlul Bayt (Syarif / Syed) diantaranya adalah : Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas, Kesultanan Sulu, Kerajaan Perlis, Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten, Kesultanan Pontianak dan Ketuanan Kubu.

  1. ^ Ho, Engseng. 2006. Graves of Tarim. University of California Press. Berkeley. p. 149
  2. ^ Cleveland, W.L. & Bunton, M. (2009). A history of the modern middle east, 4th edition. Philadelphia, PA: Westview Press.
  3. ^ People of India by Herbert Risely

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search