Senarai objek membulat secara graviti dari Sistem Suria

Pada 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mentakrifkan planet sebagai jasad cakerawala yang mengorbit Matahari yang cukup besar untuk mencapai keseimbangan hidrostatik dan telah membersihkan jiranan sekitar orbitnya.[1] Satu objek dalam keseimbangan hidrostatik ialah objek yang cukup besar bagi gravitinya mengatasi ketegaran dalam, dan dikucupkan dalam bentuk bulat (elipsoid). Maksud amali "membersihkan jiranan" adalah bahawa sesebuah planet itu cukup besar, di mana gravitinya mampu mengawal orbit-orbit bagi semua objek yang berada di kawasan sekitarannya. Menurut takrifan IAU, terdapat lapan buah planet di dalam Sistem Suria. Objek-objek mengelilingi Matahari yang telah mencapai keseimbangan hidrostatik tetapi belum membersihkan jiranan mereka dipanggil sebagai planet kerdil dan baki objek yang lain diistilahkan sebagai jasad kecil Sistem Suria. Walau bagaimanapun, terdapat banyak objek di dalam Sistem Suria, termasuklah Matahari sendiri, 19 satelit semula jadi dan planet minor yang berpotensi, juga cukup besar untuk mencapai keseimbangan hidrostatik.[2] Kesemua objek di dalam Sistem Suria dengan bentuk hidrostatik disenaraikan di bawah, dengan contoh objek terbesar yang bentuknya masih belum dapat ditentukan dengan tepat. Ciri-ciri orbit Matahari disenaraikan berhubung dengan pusat galaksi. Semua objek lain disenaraikan dalam turutan jarak mereka dari Matahari.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IAU0603
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mike

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search