Senjata api

Sebuah pistol tangan Heckler & Koch USP .45 ACP dengan Lampu Taktikal Surefire X200a, dikelilingi oleh peluru poin-rongga berjaket.
Senjata api yang sering digunakan perlu dileraikan, dibersihkan dan diminyakkan untuk memastikan keboleh-percayaan senjata api; tentera dari Armia Krajowa membersihkan senjata api mereka sebelum pertempuran pada tahun 1944.

Senjata api (Jawi: سنجات أڤي) ialah alatan yang boleh digunakan sebagai senjata yang ditembak sama ada satu atau berganda projektil yang ditujahkan pada kelajuan tinggi oleh gas yang dihasilkan melalui kecepatan, pembakaran dibataskan dari pendorong. Proses dari kecepatan pembakaran secara teknikalnya dikenali sebagai nyahflagrasi. Pada senjata api kuno, pendorong ini lazimnya serbuk hitam, tetapi senjata api moden menggunakan serbuk tanpa asap, kordit, atau pedorong lain. Kebanyakan senjata api moden (dengan pengecualian yang penting dari senapang berlaras licin) mempunyai laras berpilin untuk memberikan putaran kepada projektil untuk menambah kestabilan semasa dalam penerbangan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search