Senozoik

Senozoik
Mendapan batu dari era Senozoik (Torre Sant'Andrea, Salento, Itali)
Kronologi
Peristiwa pada era Senozoik
lihat • bincang • sunting
-70 —
-60 —
-50 —
-40 —
-30 —
-20 —
-10 —
0 —
Garis masa anggaran bagi peristiwa-peristiwa Senozoik.
Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama panggilanZaman Mamalia
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEra
Unit stratigrafiEratem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahLapisan kaya dengan iridium yang berkaitan dengan impak meteorit besar dan perisitwa kepupusan K-Pg extinction event selanjutnya.
Sempadan bawah GSSPKeratan El Kef, El Kef, Tunisia
36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E / 36.1537; 8.6486
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1991
Takrif sempadan atasN/A
Sempadan atas GSSPN/A
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSPN/A

Senozoik merupakan nama untuk era geologi Bumi yang terkini, mewakili 66 juta tahun terkini dari sejarah geologi Bumi. Ia bercirikan dominasi haiwan mamalia, burung dan tumbuhan berbunga (angiosperma). Era ini merupakan era terbaharu daripada tiga era geologi pada eon Fanerozoik, didahului oleh era Mesozoik dan era Paleozoik. Era Senozoik bermula dengan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen dengan begitu banyak spesies termasuk dinosaur bukan unggas menjadi pupus, dan peristiwa ini dikaitkan oleh pakar geologi dengan hentaman asteroid besar yang dikenali sebagai hentaman Chicxulub.

Era Senozoik juga dikenali sebagai Zaman Mamalia kerana haiwan daratan yang mendominasi kedua-dua hemisfera merupakan haiwan mamalia, yang terdiri daripada euteria (haiwan mamalia berplasenta) di hemisfera utara dan metateria (haiwan mamalia berkantung, kini hanya terhad pada benua Australia dan sebahagian daripada benua Amerika Selatan) di hemisfera selatan. Kepupusan pelbagai kumpulan haiwan membenarkan mamalia dan burung mengalami percambahan spesies sehingga mendominasi kehidupan di Bumi. Benua-benua juga bergerak sehingga ke kedudukan pada masa kini pada era ini.

Iklim pada awal era Senozoik adalah lebih panas berbanding hari ini, terutamanya sewaktu Maksimum Suhu Paleosen-Eosen. Namun, peralihan dari Eosen ke Oligosen dan pengglasieran Kuarterner mengering dan menyejukkan Bumi.

Rangka dari zaman Oligosen, Senozoik.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search