Serangga

Serangga
Julat zaman: Devonian Awal[1][2] (tapi lihat teks) – Sekarang
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Insecta

Subkelas dan kelas

Serangga (Jawi: سرڠݢ) ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utama kulit rangka di luar tubuh yang keras dan berkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks, biji-biji mata majmuk, dan sepasang sesungut. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejuta spesies dicatatkan dan mewakili lebih separuh organisma yang diketahui.[3][4] Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara enam dan sepuluh juta;[3][5][6] lebih 90% haiwan di Bumi berpotensi daripada jenis serangga.[6][7]

Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 spesies mentadak, 20,000 spesies belalang, 170,000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 spesies lalat, 82,000 spesies pianggang, 350,000 spesies kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

  1. ^ Engel, Michael S.; Grimaldi, David A. (2004). "New light shed on the oldest insect". Nature. 427 (6975): 627–630. doi:10.1038/nature02291. PMID 14961119.
  2. ^ Rice, C. M., Ashcroft, W. A., Batten, D. J., Boyce, A. J., Caulfield, J. B. D., Fallick, A. E., Hole, M. J., Jones, E., Pearson, M. J., Rogers, G., Saxton, J. M., Stuart, F. M., Trewin, N. H. & Turner, G. (1995). "A Devonian auriferous hot spring system, Rhynie, Scotland". Journal of the Geological Society, London. 152: 229–250. doi:10.1144/gsjgs.152.2.0229.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ a b Chapman, A. D. (2006). Numbers of living species in Australia and the World. Canberra: Australian Biological Resources Study. ISBN 978-0-642-56850-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2012.
  4. ^ Wilson, E. O. "Threats to Global Diversity". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2015. Dicapai pada 17 Mei 2009.
  5. ^ Novotny, Lukas; Basset; Miller, Scott E.; Weiblen, George D.; Bremer, Birgitta; Cizek; Drozd, Pavel (2002). "Low host specificity of herbivorous insects in a tropical forest". Nature. 416 (6883): 841–844. Bibcode:2002Natur.416..841N. doi:10.1038/416841a. PMID 11976681. S2CID 74583. More than one of |first1= dan |first= specified (bantuan)
  6. ^ a b Erwin, Terry L. (1997). Biodiversity at its utmost: Tropical Forest Beetles (PDF). m/s. 27–40. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 November 2018. Dicapai pada 1 November 2017. Dalam: Reaka-Kudla, M.L.; Wilson, D. E.; Wilson, E. O., penyunting (1997). Biodiversity II. Joseph Henry Press, Washington, D.C. ISBN 9780309052276.
  7. ^ Erwin, Terry L. (1982). "Tropical forests: their richness in Coleoptera and other arthropod species" (PDF). The Coleopterists Bulletin. 36: 74–75. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 16 September 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search