Setiausaha Perang Amerika Syarikat

Setiausaha Perang
Amerika Syarikat
United States Secretary of War
Bendera Setiausaha Perang
Jabatan Perang Amerika Syarikat
GelaranTuan Setiausaha
Anggota bagiKabinet Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaPresiden
Bidang kuasaAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
InstitusiJabatan Perang Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
KediamanWashington Edit the value on Wikidata
PusatWashington, D.C.
Dilantik olehPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatanTiada tempoh ditetapkan
PeloporSetiausaha masa Perang
Dibentuk1789
Pemegang pertamaHenry Knox
Pemegang akhirKenneth C. Royall
Dimansuhkan1947
Digantikan olehSetiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat dan Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
PenggantianSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Darat
Setiausaha Tentera Udara
SenaraiList of United States Secretaries of War (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Setiausaha Perang adalah anggota Kabinet Presiden Amerika Syarikat, bermula dengan pentadbiran George Washington. Satu jawatan yang sama, samada dipanggil "Setiausaha masa Perang" atau "Setiausaha Perang," telah dilantik untuk berkhidmat dengan Kongres Konfederasi dibawah Artikel Konfederasi antara tahun 1781 dan 1789. Benjamin Lincoln dan kemudian Henry Knox menyandang jawatan itu. Apabila Washington dilantik sebagai presiden pertama dibawah Perlembagaan, beliau melantik Knox untuk terus berkhidmat.

Setiausaha Perang merupakan ketua Jabatan Perang. Pada mulanya, beliau bertanggungjawab bagi semua urusan ketenteraan, termasuk hal ehwal tentera laut. Pada tahun 1798, Setiausaha Tentera Laut telah diwujudkan oleh statut, dan skop tanggungjawab bagi pejabat ini dikurangkan kepada hal ehwal Tentera Darat Amerika Syarikat. Dari tahun 1886 seterusnya, Setiausaha Perang berada di tempat ketiga dalam susunan penggantian jawatan presiden, selepas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara.

Pada tahun 1947, dengan pelulusan Akta Keselamatan Negara 1947, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat dan Setiausaha Tentera Udara, yang, berserta dengan Setiausaha Tentera Laut, sejak tahun 1949 menjadi subordinat bukan-Kabinet dibawah Setiausaha Pertahanan. Pejabat Setiausaha Tentera Darat secara umumnya dianggap pengganti terus kepada Setiausaha Perang walaupun Setiausaha Pertahanan mengambil tempat Setiausaha Perang dalam Kabinet, dan susunan penggantian jawatan presiden.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search