Sferoid

Sferoid buntal Sferoid lonjong

Sferoid atau elipsoid putaran merupakan permukaan kuadrik yang diperoleh dengan memutarkan elips sekitar satu daripada paksi utamanya atau dalam erti kata lain, satu elipsoid dengan dua semidiameter yang sama.

Jika elips diputar pada paksi utama, hasilnya ialah sferoid lonjong (dipanjangkan) seperti bola ragbi atau bola sepak Amerika. Jika elips berputar pada paksi minornya pula, ia menghasilkan sferoid buntal (dileperkan) seperti lentil. Jika elips yang dijanakan adalah bulatan, maka hasilnya ialah sfera.

Kerana kesan gabungan graviti dan putaran, secara kasarnya, bentuk sfera Bumi adalah sedikit leper dalam arah paksinya. Disebabkan itu, dalam kartografi Bumi sering dianggarkan sebagai sferoid buntal berbanding sfera. Model terkini Sistem Geodesi Dunia menggunakan sferoid dengan jejari 6,378.137 km pada khatulistiwa dan 6,356.752 km pada kutub.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search