Silikon

14 aluminiumsilikonfosforus
C

Si

Ge
Umum
Nama, Simbol, Nombor silikon, Si, 14
Siri kimia metaloid
Kumpulan, Kala, Blok 14, 3, p
Rupa kelabu gelap, kebiru-biruan
Jisim atom 28.0855(3) g/mol
Konfigurasi elektron [Ne] 3s2 3p2
Bilangan elektron per petala 2, 8, 4
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 2.33 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 2.57 g/cm³
Takat lebur 1687 K
(1414 °C, 2577 °F)
Takat didih 3538 K

(3265 °C, 5909 °F)

Haba pelakuran 50.21 kJ/mol
Haba pengewapan 359 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 19.789 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1908 2102 2339 2636 3021 3537
Sifat atom
Struktur hablur kubus berpusat muka
Keadaan pengoksidaan 4
(oksida amfoterik)
Keelektronegatifan 1.90 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 786.5 kJ/mol
kedua: 1577.1 kJ/mol
ketiga: 3231.6 kJ/mol
Jejari atom 110 pm
Jejari atom (kiraan) 111 pm
Jejari kovalen 111 pm
Jejari Van der Waals 210 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan tak bermagnet
Keberkonduktan haba (300 K) 149 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 2.6 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (20 °C) 2200 m/s
Modulus Young 47 GPa
Modulus pukal 100 GPa
Skala kekerasan Mohs 6.5
Nombor CAS 7440-21-3
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
28Si 92.23% Si stabil dengan 14 neutron
29Si 4.67% Si stabil dengan 15 neutron
30Si 3.1% Si stabil dengan 16 neutron
32Si syn 132 y β- 0.221 32P
Rujukan

Silikon (Jawi: سيليکون; Latin: silicium) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Si dan nombor atom 14. Silikon ialah sejenis metaloid tetravalen yang kurang reaktif berbanding dengan analog kimianya, karbon. Ia unsur kedua paling berlimpah di dalam kerak Bumi, mencapai hampir 25.7% mengikut berat. Ia wujud di dalam tanah liat, feldspar, granit, kuartza dan pasir, kebanyakannya dalam bentuk silikon dioksida (juga dikenali sebagai silika) dan dalam bentuk silikat, (beraneka jenis sebatian yang mengandungi silikon, oksigen dan satu atau pelbagai jenis logam lain). Silikon ialah juzuk utama di dalam kebanyakan peranti semikonduktor, dan sekiranya dalam bentuk silika dan silikat, dalam kaca, simen, seramik. Ia juga juzuk dalam silikone, nama yang diberikan kepada pelbagai jenis bahan plastik yang sering dikelirukan sebagai silikon. Silikon digunakan secara meluas dalam semikonduktor kerana ia mempunyai arus bocoran balikan yang lebih rendah daripada semikonduktor germanium, dan juga kerana oksida aslinya mudah dihasilkan di dalam relau dan membentuk antara muka semikonduktor/dielektrik yang lebih baik berbanding dengan hampir semua jenis gabungan bahan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search