Singa

Singa
Julat zaman:
Singa jantan di Namibia
Singa betina di Namibia
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
P. leo[1]
Nama binomial
Panthera leo[1]
Subspesies
Taburan Panthera leo di Afrika dan Eurasia, dahulu hingga kini.
Taburan singa di India: Hutan Gir dan kawasan sekitarnya di Gujarat merangkumi taburan semula jadi terakhir bagi singa Asia liar.
Sinonim

Felis hai Linnaeus, 1758

Sepasang singa di Zoo Negara

Singa ([si.nga], Jawi: سيڠا; Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Ia tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan.[2] Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016.[4] Satu-satunya populasi singa liar yang ada di Asia adalah daripada jenis singa Asia, singa Asia digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.[5]

Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10–14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh.[6] Singa dalam tawanan mampu hidup menjangkau 20 tahun. Singa lazimnya hidup di kawasan savana dan padang rumput, bahkan juga di belukar dan hutan. Singa jauh lebih gemar bersosial (hidup berkawanan) berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada betina-betina bersaudara dan anak-anak serta segelintir jantan dewasa. Singa betina sering memburu secara berkumpulan, rata-ratanya memangsakan haiwan ungulat utama. Singa bukan sahaja merupakan pemangsa terulung, bahkan juga mahir sebagai pebangkai yang memperoleh 50 peratus bekalan makanan dengan mencari bangkai sebaik peluang yang ada. Diketahui bahawa singa memburu manusia tetapi itu bukan tabii. Singa merupakan haiwan nokturnal yang gemar tidur pada waktu siang dan bergiat pada waktu malam, lebih-lebih lagi waktu senja (krepuskul).[7][8]

Singa jantan menonjol sekali rupanya dengan surai yang lebat, bahkan wajah singa jantan adalah simbol haiwan yang paling umum dikenali dalam budaya manusia. Wujudnya gambaran singa mulai usia Paleolitik Akhir dengan ukiran dan lukisan dari gua-gua Lascaux dan Chauvet di Perancis sejak 17,000 tahun dahulu, melalui hampir semua budaya zaman kuno dan pertengahan yang pernah mengenali singa. Singa digambarkan secara meluas dalam bentuk arca, lukisan, bendera, mahupun filem dan sastera moden. Singa dibela dalam kurungan sejak zaman Empayar Rom, malah dijadikan spesies yang "wajib" dipamerkan di zoo seluruh dunia sejak akhir abad ke-18. Taman-taman haiwan seluruh dunia bekerjasama mengadakan program pembiakan untuk singa Asia yang terancam.

  1. ^ Wozencraft, W.C. (2005). "Panthera leo". Dalam Wilson, D.E.; Reeder, D.M (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. 546. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ a b "Panthera leo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Linnaeus, Carolus (1758). Systema naturae per regna tria naturae :secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1 (ed. ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). m/s. 41. Dicapai pada 8 September 2008.
  4. ^ "Panthera leo (West Africa subpopulation)". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2015.CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ Breitenmoser, U., Mallon, D. P., Ahmad Khan, J. and Driscoll, C. (2008). "Panthera leo ssp. persica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ Smuts, G. L. (1982). Lion. Johannesburg: Macmillan South Africa. m/s. 231. ISBN 0-86954-122-6.
  7. ^ Lions' nocturnal chorus. Earth-touch.com. Retrieved on 31 July 2013.
  8. ^ African Lion Panthera leo. Phoenix Zoo Fact Sheet.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search