Sistem Perjanjian Antartika

Perjanjian Antartika
bahasa Inggeris: The Antartic Treaty
Perancis: Traité sur l'Antarctique
Rusia: Договор об Антарктике
Bahasa Sepanyol: Tratado Antártico
Sistem Perjanjian Antartika
{{{image_alt}}}
Bendera Perjanjian Antartika
JenisKondominium
Ditandatangani1 Desember 1959[1] di Washington, D.C., U.S.
Berkuat kuasa
23 Jun 1961
SyaratRatifikasi 12 pihak penandatangan
Penandatangan12[2]
Pihak53[2]
Pemegang simpanan
Pemerintah Amerika Syarikat[2]
BahasaInggris, Perancis, Rusia dan Spanyol
Laman sesawang
Secretariat of the Antarctic Treaty
Antarctic Treaty di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Imej komposit satelit benua Antartika.

Perjanjian Antartika (Jawi: ڤرجنجين انترتيکا) dan perjanjian berkaitan yang dikenali sebagai Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System, ATS) mengawal hubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah dan pentas ais yang berada di selatan garis lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasa Perang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat di Buenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]

Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Perancis, Jepang, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.

  1. ^ a b "Antarctic Treaty" in The New Encyclopædia Britannica.
  2. ^ a b c d "The Antarctic Treaty" (PDF). Jabatan Negara Amerika Syarikat. 1 Mac 2012. Dicapai pada 12 Mac 2014.
  3. ^ "ATS.aq". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-15. Dicapai pada 2017-08-17.
  4. ^ "Information about the Antarctic Treaty and how Antarctica is governed". Polar Conservation Organisation. 28 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-08. Dicapai pada 6 Februari 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search