Soekarno

Dr.(H.C.) Ir.

Soekarno
ꦯꦸꦏꦂꦤ
Presiden Indonesia Pertama
Dalam jawatan
18 Ogos 1945 – 12 Mac 1967
Naib PresidenMohammad Hatta
Digantikan olehSoeharto
Perdana Menteri Indonesia ke-12
Dalam jawatan
9 Julai 1959 – 25 Julai 1966
PresidenSoekarno
Didahului olehDjuanda Kartawidjaja
Butiran peribadi
LahirKoesno Sosrodihardjo
(1901-06-06)6 Jun 1901
Surabaya, Jawa Timur, Indonesia[1][2]
Meninggal dunia21 Jun 1970(1970-06-21) (umur 69)
Jakarta, Indonesia
Parti politikParti Nasional Indonesia
Pasangan
  • Siti Oetari
  • Inggit Garnasih
  • Nina
  • Fatmawati
  • Hartini
  • Maharani Wisma Susana Siregar
  • Sakiko Kanase
  • Kartini Manoppo
  • Tukiyem
  • Naoko Nemoto
  • Keiko Kondo
  • Haryati
  • Amelia De La Rama Braly
  • Yurike sanger
  • Heldy Djafar
Anak-anak
Dari Inggit
    • Ratna Juami (anak angkat)
    • Kartika (anak angkat)
Bersama Hartini
    • Taufan Soekarnoputra
    • Bayu Soekarnoputra
Bersama Ratna
    • Karina Kartika Sari Dewi Soekarno
Bersama Haryati
    • Ayu Gembirowati
Bersama Kartini M
    • Totok Suryawan Soekarnoputra
Tandatangan
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "prime_minister"

Ir. H. Soekarno atau Sukarno, kadang disalahejakan Ir. H. Achmad Soekarno (lahir Koesno Sosrodihardjo; Jawa: ꦯꦸꦏꦂꦤ; 6 Jun 1901 - 21 Jun 1970)[3] merupakan Presiden Indonesia pertama, yang berkhidmat selama 22 tahun, dari 1945 hingga 1967.

Soekarno ialah pemimpin perjuangan negaranya untuk Kemerdekaan dari Belanda. Beliau merupakan ketua pergerakan nasionalis Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda, dan menghabiskan lebih dari satu dekad di bawah penahanan Belanda sehingga dibebaskan oleh pasukan Jepun yang menyerang. Soekarno dan rakan-rakan nasionalisnya bekerjasama untuk mendapatkan sokongan untuk usaha perang Jepun dari penduduk, sebagai ganti bantuan Jepun dalam menyebarkan idea-idea nasionalis. Selepas penyerahan Jepun, Soekarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, dan Soekarno dilantik sebagai presiden pertama. Beliau mengetuai Indonesia dalam menentang usaha semula penjajahan Belanda melalui diplomatik dan ketenteraan sehinggalah pengakuterimaan Belanda kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949. Pengarang Pramoedya Ananta Toer pernah menulis "Soekarno adalah satu-satunya pemimpin Asia era moden dapat menyatukan rakyat yang berlainan etnik, latar belakang budaya dan agama tanpa menumpahkan setitik darah."

Selepas tempoh demokrasi berparlimen, Soekarno menubuhkan sebuah sistem autokratik yang dipanggil "Demokrasi Terpimpin" pada tahun 1957 yang berjaya menamatkan ketidakstabilan dan pemberontakan yang mengancam kelangsungan negara yang pelbagai dan pecah. Pada awal 1960-an, Soekarno memandang Indonesia ke kiri dengan memberikan sokongan dan perlindungan kepada Partai Komunis Indonesia (PKI) kepada kerengsaan tentera dan Islamis. Beliau juga memulakan beberapa dasar asing agresif di bawah rubrik anti-imperialisme, dengan bantuan dari Kesatuan Soviet dan China. Gerakan 30 September (1965) membawa kepada kemusnahan PKI dan penggantiannya pada tahun 1967 oleh salah seorang jeneralnya, Soeharto (lihat Peralihan ke Orde Baru), dan beliau masih ditahan di rumah sehingga kematiannya.

  1. ^ Nadhirianto, Averio. "Menelusuri Jejak Rumah Kelahiran Bung Karno (Indonesian Language)". Yahoo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-13. Dicapai pada 12 Jun 2011.
  2. ^ Nadhirianto, Averio. "Gadjah Mada University Antrophologist: "Sukarno Was Born In Surabaya"". Tribun News. Dicapai pada 12 Jun 2011.
  3. ^ Biografi Presiden Perpustakaan Nasional Republik Indonesia

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search