Sosialisme Islam

Sosialisme Islam merupakan suatu terma yang dicipta oleh pemikir-aktivis Muslim tentang sosialisme yang selama ini dianggap sesat dan atheisme ke arah sosialisme yang lebih bersifat religius dan spiritual. Kebanyakan agamawan Islam arus perdana menulis dan mengatakan kaum sosialis sebagai atheis, dan menyatakan juga, kaedah seperti mengambil hak milik peribadi, sebagai menindas dan menentang ajaran Islam. Sosialis Islam pula mempercayai bahawa ajaran Nabi Muhammad (terutamanya isi-isi Al-Qur'an)[1] adalah bersamaan dengan prinsip-prinsip kesamaan dan pengagihan semula kekayaan. Antara hadith yang popular dan sering dikutip dalam hal ini ialah,

« اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإَِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ»

"Kaum Muslim berkongsi dalam tiga hal, yaitu padang rumput, air dan api."

("One of the earliest philosophers of Islam, Abu Zar al-Ghiffari, was in Ali's camp and quoted a saying attributed to Muhammad: "There a three things which belong to society as a whole and cannot be claimed by any individual - fire, gas and water." By thus listing the three essentials for the existence of the Arabs, al-Ghiffari was in effect proclaiming the nationalization of the means of production thirteen centuries before Karl Marx.")[2]

Ayat Al-Qur'an yang seringkali dipetik dalam mengkhabarkan suatu hari nanti akan berdirinya pemerintah dari kaum tertindas (yang ditafsirkan secara bebas sebagai golongan mustadh'afin dan proletariat) ialah,

«وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةًۭ وَنَجْعَلَهُمُ ٱلْوَٰرِثِينَ»

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Ayat 5, Surah Al-Qasas)

Menurut Eko Supriyadi, dalam Qur'an, warna sosialistik sangat kental ditemukan dalam surah-surah Qur'an. Dalam karyanya "Islamic Ideology", Khalifa A. Hakim menyatakan bahawa pada dasarnya Qur'an telah jauh-jauh hari mendahului Karl Marx dalam perjuangannya untuk menegakkan keadilan dan persamaan:

"Long before Marx, it was Quran that had inculcated economic justice by teaching, that organize your economic life in such a way that wealth does not circulate among a minority of the rich. Allowing free initiative within legitimate bounds, it had closed all avenue of exploitation. Surplus wealth had to be returned to the have-note of society. Muslim state was founded by the prophet as a welfare state."[3]

  1. ^ https://en.wikipedia.orgview_html.php?sq=covid19&lang=ms&q=Anti-Capitalist_Muslims
  2. ^ Supriyadi, Eko (2003). Sosialisme Islam: Pemikiran Ali Syari'ati. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. m/s. 107.
  3. ^ Supriyadi, Eko (2003). Sosialisme Islam: Pemikiran Ali Syari'ati. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. m/s. 112–114.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search