Sosialisme demokratik

  Sosialisme demokratik merupakan falsafah politik sayap kiri [1] yang menyokong demokrasi politik dan beberapa bentuk ekonomi milik sosial, [2] dengan penekanan khusus pada demokrasi ekonomi, demokrasi tempat kerja, dan pengurusan diri pekerja [2] dalam ekonomi sosialis pasaran atau sebuah bentuk alternatif ekonomi sosialis terancang yang terdesentralisasi . [3] Para sosialis demokratik berpendapatan bahawa kapitalisme sememangnya tidak serasi dengan nilai kebebasan, kesaksamaan, serta perpaduan dan cita-cita ini hanya dapat dicapai jikalau masyarakat sosialis direalisasikan. [4] Walaupun kebanyakan sosialis demokratik mencari peralihan beransur-ansur kepada sosialisme, [6] sosialisme demokratik boleh menyokong politik revolusioner atau reformis demi penubuhan sosialisme. [7] Sosialisme demokratik telah dipopularkan oleh kalangan sosialis yang menentang kemunduran ke arah negara satu parti dalam Kesatuan Soviet dan negara-negara lain pada abad ke-20. [8]

Sejarah sosialisme demokratik boleh dikesan kembali ke para pemikir sosialis pada abad ke-19 di Eropah serta pergerakan Chartist di Britain, yang berbeza dalam matlamat mereka, namun mempunyai perkongsian bagi tuntutan pembuatan keputusan secara demokratik serta pemilikan awam terhadap kaedah pengeluaran, dan mereka berpandangan bahawa unsur-unsur ini merupakan ciri-ciri asas masyarakat yang mereka anjurkan. Sejak lewat abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20, sosialisme demokratik banyak dipengaruhi oleh bentuk sosialisme gradualist yang disebarkan oleh British Fabian Society dan falsafah Eduard Bernstein's mengenai sosialisme evolusi di negara Jerman.[9] Sosialisme demokratik adalah idea yang majoriti para sosialis faham mengenai konsep sosialisme;[10] konsepnya mungkin lebar (para sosialis yang menolak negara satu parti Marxist–Leninist )[11] mahupun lebih terhad (demokrasi sosial pascaperang).[12] Sebagai pergerakan yang luas, ia termasuk dengan bentuk-bentuk lain seperti sosialisme libertarian,[13] sosialisme pasaran,[14] sosialisme reformis,[4] sosialisme revolusioner ,[15] sosialisme beretika,[16] sosialisme liberal ,[17] demokrasi sosial,[18] dan beberapa bentuk sosialisme negara[5] dan sosialisme utopia,[6] semuanya yang mengkongsikan komitmen terhadap demokrasi.[11]

Sosialisme demokratik dibezakan dengan Marxisme–Leninisme, yang sering dianggap oleh penentangnya sebagai konsep yang mengamalkan ideologi autoritarian, birokratik, dan tidak demokratik. [21] Para sosialis demokratik menentang sistem politik Stalinis dan sistem perancangan ekonomi jenis Soviet, serta menolak sistem perintah pentadbiran yang dibentuk di Kesatuan Soviet dan negara Marxis-Leninis lain pada abad ke-20 sebagai bentuk pemerintahan mereka. [7] Sosialisme demokratik juga dibezakan daripada demokrasi sosial Cara Ketiga [8] [nb 1] kerana sosialis demokratik komited kepada transformasi sistemik ekonomi daripada kapitalisme kepada sosialisme, [nb 2] manakala demokrat sosial menggunakan kapitalisme bagi mewujudkan sistem negara berkebajikan mantap, yang meninggalkan banyak perniagaan di bawah pemilikan persendirian . [14] Walau bagaimanapun, ramai sosialis demokratik juga menyokong peraturan negara dan program kebajikan untuk mengurangkan kemudaratan yang dirasakan akibat kapitalisme dan pengubahan sistem ekonomi secara beransur-ansur. [14]

Walaupun mengimplementasikan sosialisme merupakan matlamat jangka panjang mereka, [30] sesetengah sosialis demokratik sederhana lebih mengambil berat tentang pengekangan keterlaluan kapitalisme dan menyokong pembaharuan progresif untuk memanusiakannya pada hari ini. [31] Sebaliknya, sosialis demokratik lain percaya bahawa campur tangan ekonomi dan pembaharuan dasar yang serupa bertujuan untuk menangani ketidaksamaan sosial dan menindas percanggahan ekonomi kapitalisme hanya akan membebankan mereka lagi, [32] menyebabkan mereka muncul di bawah samaran yang berbeza. [33] Para sosialis demokratik ini mempercayai bahawa isu asas kapitalisme adalah sistemik dan hanya boleh diselesaikan melalui penggantian kaedah pengeluaran kapitalis dengan kaedah pengeluaran sosialis melalui penggantian pemilikan persendirian dengan pemilikan kolektif alat pengeluaran dan memperluaskan demokrasi kepada bidang ekonomi dalam bentuk demokrasi industri. [34] Kritikan utama sosialisme demokratik tertumpu kepada keserasian demokrasi dengan sosialisme. [15] Beberapa ahli akademik dan pengulas politik cenderung membezakan antara sosialisme autoritarian dan sosialisme demokratik sebagai ideologi politik, dengan yang pertama mewakili Blok Soviet, dan yang terakhir mewakili parti sosialis demokratik di negara-negara Blok Barat yang telah dipilih secara demokratik di negara-negara seperti Britain, Perancis, dan Sweden, dan sebagainya. [36] Walau bagaimanapun, selepas tamatnya Perang Dingin, kebanyakan negara ini telah berpindah daripada sosialisme kerana konsensus neoliberal menggantikan konsensus sosial demokratik dalam dunia kapitalis maju. [16] [17] [18] [19]

  1. ^ Tsakalotos 2001: "... most left-wing approaches (social democratic, democratic socialist, and so on) to how the market economy works."); Brandal, Bratberg & Thorsen 2013: "In Scandinavia, as in the rest of the world, 'social democracy' and 'democratic socialism' have often been used interchangeably to define the part of the left pursuing gradual reform through democratic means."
  2. ^ Edelstein 1993.
  3. ^ Anderson & Herr 2007.
  4. ^ a b Alt dll. 2010.
  5. ^ Busky 2000.
  6. ^ Sargent 2008.
  7. ^ Prychitko 2002.
  8. ^ Whyman 2005.
  9. ^ March 2008.
  10. ^ Lewis & Surender 2004, m/s. 3–4, 16.
  11. ^ Barrientos & Powell 2004, m/s. 9–26; Cammack 2004, m/s. 151–166; Romano 2006; Hinnfors 2006; Lafontaine 2009; Corfe 2010.
  12. ^ Romano 2007, m/s. 114.
  13. ^ Adams 1999, m/s. 127.
  14. ^ a b Volle 2022.
  15. ^ Barrett 1978.
  16. ^ Sanandaji, Nima (27 October 2021). "Nordic Countries Aren't Actually Socialist". Foreign Policy. Dicapai pada 2 February 2023.
  17. ^ Caulcutt, Clea (13 January 2022). "The end of the French left". Politico. Dicapai pada 2 February 2023.
  18. ^ Krause-Jackson, Flavia (29 December 2019). "Socialism declining in Europe as populism support grows". The Independent. Dicapai pada 2 February 2023.
  19. ^ Best dll. 2011.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search